Home

NuffNang

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, March 6, 2016

THAT KIND OF FEELING


© 2016 Hasif Rahman - Little Audrey in White | Throwback

" You don't choose your family. They are God's gift to you, as you are to them "

- Desmond Tutu -


Dia akan wujud satu perasaan, bila sebuah keluarga dikurniakan anak. Pergi kerja, rasa nak balik sebab rindu anak. Waktu tu akan teringat aksi - aksi anak yang secara spontan dibuatnya tetapi kita rasa gelagat itu sangat comel. Alhamdulillah, rezeki diri ini, berjaya dapat tukar tempat kerja, dapat lihat anak membesar setiap hari. Jika masih weekend husband, terasa rugi yang amat kerana terlepas moment - moment yang indah setiap hari.

Audrey dah masuk umur 8 bulan. Akal dia dah banyak. Aksi pun dah banyak. Cara dia bermanja, cara dia senyum, celoteh dia yang tak dapat difahami, itu semua pemberi semangat menghadapi cabaran kehidupan. Balik kerja memang penat. Driving, hadap jem lagi. Tetapi once jumpa Audrey, habis lenyap semua. Serius kata, kalau tak layan dia, akan timbul satu perasaan simpati, perasaan kesiannya dia main sorang - sorang.

InsyaAllah bulan 4 kita akan duduk bertiga di tempat baru. Ibu, Ayah dan Audrey. Kita ada privasi sendiri. Nak tergolek, nak melalak, nak buat macam - macam aktiviti, dah tiada rasa segan lagi. It's a kickstart for something new. Its not cheap, but the quality of the family time is far more important. InsyaAllah, akan ada rezeki lain untuk kebahagian kita semua.

Ok, rasa nak balik rumah. Haha.


Sunday, November 22, 2015

FAMILY QUALITY TIME



© 2015 Hasif Rahman - Supergirl | Supermom

 " I don't think quantity time is as special as quality time with your family "

- Reba McEntire -




Monday, November 16, 2015

I MISS BOTH OF YOU


© 2015 Hasif Rahman - The Three of Us | Family

" A happy family is but an earlier heaven "

- George Bernard Shaw -


Pernah tidak korang semua, bila kita rasa tertekan dengan kerja, korang rasa rindu pada isteri dan anak? Betul, tidak dinafikan, isteri dan anak bukan boleh bantu kerja kita pun. Bukan satu pejabat. Bukan sama pekerjaan. Tetapi somehow, bila tengok gambar or dengar suara or berjumpa secara fizikal, it does help you to cheer up. Ah, even time writing ni pun ada rasa lega sedikit. Lupa sebentar masalah pekerjaan.

Tertarik dengan post di blog isteri pasal You Are My Superman. Am I really a Superman to both of you? =)

Yup, walaupun setiap hari jumpa, still, rasa rindu itu tetap ada. Rasa nak cepat siapkan kerja, balik rumah dan bermesra dengan isteri dan anak. Sejak duduk bersama ni dan bukan lagi "weekend husband", terasa hidup lebih teratur dan kurang penatnya. Kalau tidak dahulu, kelam kabut dibuatnya. Rushing sana sini. Ada cuti sehari tapi tak balik, hati rasa tidak tenteram. Isteri sakit, nak balik tengok pun tak dapat. But now, Alhamdulillah, things getting better. I Love You Enny and Audrey. Thanks for being part of my life. !

*Notakaki : isu - isu tekanan yang dinyatakan tu semua berhubung kerja di tempat baru. Malam ni la ada masa saya cerita sedikit. Huu Hee


Sunday, November 15, 2015

THE TALE OF NOBITA



© 2015 Hasif Rahman - Nobita | Adventure

 " The biggest adventure you can take is to live the life of your dreams "

- Oprah Winfrey -


Pheeeeww...agak lama juga tak upload gambar - gambar Nobita Photography. Gara - gara sibuk dengan Lego Photography, haha. Sudah la dulu bukan main susah payah mencari Nobita Figure ni. Bukan mudah since dia dah stop production. Kalau beli dari luar negara, sangat jauh beza harganya. Berganda mahal. 
Owh, topi tu bukannya datang sekali dengan Nobita. Topi tu ditempah khas dengan orang di Sarawak. Itu pun berminggu cari orang yang boleh buat. Haha

This is my hobby bila ada masa terluang. Lego and Figure, something that I love to do. Owh? Isteri? Isteri pun ada figure dia sendiri. Hehe. Nanti tau la apa dia. Tunggu dia upload. Dia busy sket skrang since anak banyak akal sekarang ni. Masing - masing dah macam burung hantu dah sekarang. haha.

Will upload more Nobita soon ! Toodles !



Wednesday, November 11, 2015

SUPERGIRL AND SUPERDAD


© 2015 Hasif Rahman - Supergirl | Superdad


 " I hope I am remembered by my children as a good father "

- Orson Scott Card -


Melihat anak membesar setiap hari selama 2 minggu ini memang berbeza dengan semasa menjadi weekend husband untuk 4 bulan sejak kelahirannya. Perubahannya begitu pantas terutama dari sudut kelakuan. Entah dari mana dia belajar, saya sendiri pun tidak tahu. Currently, kelakuannya suka menjerit. Baru dapat suara agaknya. Jerit pun comel sahaja bunyi dia. Macam kucing. Lagi satu kemahiran yang baru dipelajarinya, sudah tahu meminta untuk didukung. Kalau dia sudah lapangkan tangannya sambil terangkat angkat itu, nak dukung la jawabnya. Tak didukung, menangis jadinya. Haha.

Satu perangai nakal dia sekarang ini juga, tidak boleh letak, mesti akan meragam. Hendak dukung sahaja kerjanya. Sudahnya, kerja - kerja lain tidak dapat nak dibuat. Yang pelik tu semasa letak meragam nak nangis, dukung terus senyum jahat. Haha. Owh, rambut dia ada dua pusar. Ini agaknya kata orang - orang tua, kalau ada dua pusar ni banyak akalnya. Saya setuju kalau orang kata baby itu "Natural Stress Relieve". Bila rasa sedih or tekanan, bila peluk anak sendiri, bau dia, memang akan rasa satu ketenangan. Didepan mata pun sudah rasa rindu.

Sekarang ni bawa Audrey ke mana - mana, semua kata muka ayah dia. Haha. But seriously, bila tengok dia, terasa macam melihat diri sendiri. Tapi apapun, tak kisah la muka siapa pun. Audrey tetap anak ayah dan ibu. Hee

Membesar dengan sihat ye Audrey. Love you ! =)



Tuesday, November 10, 2015

METAL BOX - EMPIRE


 


© 2015 Hasif Rahman - Metal Box | Empire

 " You are what you eat "

- Michael Pollan -


Kalau bab makan, Pirates of Hasif Rahman ni memang "Number One". Habis semua tempat makan hendak di serbu. Dah macam dalam program Jalan - Jalan Cari Makan. Ini semua isteri punya perancangan kali ini. Katanya nak keluar makan dengan kawan - kawan dia sekali. Seharian juga dia search di Google. Macam biasa, dia kalau tanya kita ni, kita jawab boleh je. Haha. Jawapan tak membantu. Iyo la, dah tempat makan yang tak pernah pergi, macam mana nak komen. Kalau komen pun just kata, taknak tempat jauh dan kalau boleh pada waktu pagi untuk elak kesesakan lalu lintas. Al maklum la, KL. Akhirnya dia jumpa satu tempat so call Metal Box di Empire. 

Tempat tak pernah pergi, so seperti biasa, kita pakai Google Maps di phone. Entah apa kena hari ni, Google Maps tu bawa ikut jalan taman perumahan. Short cut agaknya. Tapi diri ini dah menyumpah jugak dalam hati. Kejadahnya ikut taman perumahan. Haha. Sebab sebelum ni ada kes, cari kedai Mee Ketam di Shah Alam guna maps, tetapi sampai ke rumah orang yang tiada kaitan. Haha.

Sampai di tempat kejadian, owh, parking tidak la susah untuk dicari. Ke sebab hari ni cuti Deepavali, ramai orang KL bercuti di kampung. So here's some of the foods yang kitorang makan. Peace !




Personal review, a friendly place. Staff di kedai pun sangat friendly dan sporting. Boleh juga nak buat sambut birthday di sini as tadi pun ada orang buat. Siap lilin cake tu ganti dengan bunga api. Haha. Price berpatutan. Well, KL Price. Overall, a nice place to eat ! =) 


Monday, November 2, 2015

HAPPY BIRTHDAY MY QUEEN



© 2015 Hasif Rahman - Soul Mate | Enny Nursuliza


" You don't get older, you get better "

- Shirley Bassey -



1 November 2015. It's my Queen birthday ! Happy Birthday to you Sayang. Semoga menjadi isteri yang solehah. Terima kasih atas kasih sayang yang diberikan sepanjang perkahwinan kita. Semoga dimurahkan rezeki dunia akhirat, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dunia akhirat, dan sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.

ps : Get ready for second child =P

Thursday, October 29, 2015

THE JOY OF LIFE


© 2015 Hasif Rahman - 4 Months | Audrey Marissa


" The little feet make the biggest footprints in our hearts "

- Anonymous -


Audrey Marissa, kini berumur 4 bulan. Anak kesayangan ayah ini membesar dengan sihat sejahtera. Alhamdulillah. Seorang yang suka senyum dan friendly dengan orang lain. Talk to her, and she'll smile and sometimes she talks too ! (in baby language). Meniarap belum boleh lagi, tetapi asyik nak suruh dukung or sokong dia untuk berdiri. Ikut step la Audrey please. Cepat sangat nak jalan dah kenapa. Ayah risau Lego ayah habis diambilnya bila dah start jalan. Nanti nak shoot Lego pun dah susah, kena nyorok - nyorok. Haha. Lego ayah tu untuk business purpose ye. Kalau nak, ayah beli lain. Haha.

One day, kalau Audrey dah besar, if you read this post somehow, know this that Ayah and Ibu, Love you soooooooooooooooo much ! You're the joy of life !

Toodles


Tuesday, October 6, 2015

SERAI AT EMPIRE


© 2015 Hasif Rahman - Dinner at Serai | Empire


" Success without honor is an unseasoned dish; it will satisfy your hunger, but it won't taste good "

- Joe Paterno -


Its been a while I'm away from this blog. I'm a little bit busy to travel for now. But hey, I have time for my Lego Photography. Yes, you can visit my 2nd blog here at The Figaura. Its a blog totally about my Lego stuff. Feel free to follow it.

Back to the story. Last Saturday, my wife brought me and the family to dinner at Serai, Empire. This is the second time I ate at Serai. Well, to be honest, the food is tasty, and the service is good, but..its a bit expensive and the traffic kinda busy on the way to Empire. 

Well, a treat from my wife is always the best. She never made me disappointed. She's good at giving the best service from the day we met, till now. Thanks for the treat ! xoxo


A cup of Latte keeps the happy forever~



Tuesday, September 8, 2015

THE CREW - THE PIRATES OF HASIF RAHMAN


© 2015 Hasif Rahman - The Crew | Pirates of Hasif Rahman


" Not all treasure is silver and gold "

- Pirates of The Carribean -


Aye aye Captain ! 

Years ago, I'm just a mere pirate. A pirate looking for beautiful moment to be photographed.  The only weapon that I brought was Canon 1000D with a 10-22mm bullet which can be shot at a wide range. At that time, the combination was kinda a strong canon to survive in the wild sea. I managed somehow to get a beautiful shot. Later, I'll spend my time to play around with the sand, relaxing while listening to the musical sound of the sea waves, sleeping on crystal look alike sea shells and the sea breeze playing around with your hair. That how I clear up my mind with the cruel Pirate's World.

27 years as a mere pirate, I made up my mind, I want to be a Captain. Like the Captain Hook of The Wonderland, or Captain Jack Sparrow of The Carribean. Wander the sea, looking for new adventures with my own crews. Ahh...I'm not that good at naming things as for me, naming things is hard. I'll always regret with the name that I choose. I'll just use my name than. Captain Hasif Rahman. Captain Hasif Rahman of The Toy Land. Yeah, thats kinda nice to say. Scary is it?

Its not easy to be a Pirate's Captain. You need a strong ship like the Black Pearl, or the Flying Dutchman, or the Interceptor. Something big. Not forgotten the crews, loyal to the Captain. I managed to get a beautiful crew. A girl name Enny. Yeah, I married her a year after. Not even a year, I managed to get a junior crew, a baby girl name Audrey. I have the crews, but still, I'm still looking for the ship. Its just a matter of time. One day. The day will come. Here's the photo of them. Beware, scary Pirates of Hasif Rahman ahead. We will take it all and give back nothing.




" Work like a captain, play like a pirate "

- Anonymous -






Monday, July 20, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015


© 2015 Hasif Rahman - Mertua's Family | Aidilfitri 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015 was awesome ! First Raya as Husband and Wife, First Raya as Husband and Wife and my daughter (newborn baby) ! Hehe. Alhamdulillah. Syukur pada Allah atas semua rezeki yang diberikanNya. 


Thursday, July 9, 2015

WHEN THE PRINCESS SLEEP

© 2015 Hasif Rahman - My Daughter | Sleep Like A Boss


" A baby is a little bit of heaven on earth "

- Anonymous -


Wednesday, July 8, 2015

I AM A FATHER !

© 2015 Hasif Rahman - My Daughter | Gift From God


" Having a baby is a life - changer. It gives you a whole other perspective on why you wake up every day. "

- Taylor Hanson -


Alhamdulillah. Syukur pada Allah for this wonderful gift, an angel from heaven. Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 2.5 kg pada 27 Jun 2015 lepas bersamaan 10 Ramadhan pada jam 08.36 p.m di KPJ Tawakkal Specialist Hospital, Kuala Lumpur dengan secara normal. 

Nama diberi - Audrey Marissa binti Mohd Hasif

Whats the meaning? Strong and Noble Maryam




© 2015 Hasif Rahman - The Mother and Daughter | Harta Dunia Akhirat