Home

About Me

My photo

Hi there ! I’m Hasif Rahman, a freelance photographer based in Malaysia. Just a husband trying to make a living while pursuing his dream. I’m a father to be to my little princess in my wife’s little tummy. Picking up a camera in my early 20s and never putting it down again has been one of the most important things I’ve done in my life. I’m a photographer who loves to blog / review / writes about my life. I’m travelling the world with photography ~ Hoping you enjoy what you see. Take a seat, drink a cup of hot chocolate and stay a while. Have a good day reading !

NuffNang

Wednesday, December 24, 2014

HI, I'M CONY !


© 2014 Hasif Rahman - The Tale of Cony

Hi semua ! Saya perkenalkan diri saya. Nama saya Cony. Si arnab gebu dan comel. Tuan saya En. Hasif Rahman telah kutip saya di tepi jalan dan membela saya. Selamat berkenalan semua ! Hee, tadi En. Hasif Rahman balik rumah, dia bawah jem strawberry. Wahh....seeeeeeeeeedap. Esok pepagi kita makan sama - sama letak atas roti bakar ye. Hee..Jum kita tidur dulu. Selamat malam semua !



Monday, December 22, 2014

THE SHOP HOTEL - KUALA KANGSAR


© 2014 Hasif Rahman - The Shop Hotel


20 Disember 2014, Kuala Kangsar - Sabtu yang lepas, saya bersama isteri dan mak abah mertua telah pergi ke Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis perkahwinan Pak Long dan Mak Long belah mertua. Satu perjalanan yang agak jauh memakan masa selama 4 jam memandu. Alhamdulillah cuaca agak baik, tenang dan mendung dan kadang kala sedikit renyai. Satu perjalanan yang selesa dengan disaji permandangan Banjaran Titiwangsa diselubungi kabus. 

Seminggu sebelum, kami telah menempah satu hotel bagi penginapan satu malam memandangkan hari pernikahan dan majlis persandingan adalah pada hari yang berbeza. Kami terjumpa satu hotel di dalam laman web Agoda, The Shop Hotel. Berdasarkan laman web tersebut, ia baru dibuka pada tahun 2014 dan melihat pada harga dan "snap shot" bilik hotel tersebut, apa kata kita cuba. Berdasarkan komen - komen di FBnya, ulasan - ulasan yang positif diberikan. Jadi saya "booked" 2 bilik untuk satu malam untuk dua orang setiap bilik dengan jumlah RM168 semalam. Harga itu agak murah bagi saya memandangkan di tempat - tempat lain harganya lebih mahal untuk semalam. Deposit 50% melalui "bank in" dan 2 rooms booked !

Apabila tiba di hotel tersebut, apa yang menarik untuk dilihat adalah design luarannya. Serius terasa seperti "western look alike". The design, the colours, simple tetapi menarik. Bila masuk sahaja, apa yang saya perasan adalah bau aroma coffee yang menenangkan. Terasa seperti memasuki Coffee Shop. Sedikit perbezaan berbanding hotel lain yang dihidangkan bau2 pewangi, hotel ini dihidangkan dengan bau Coffee. Hotel ini tiada service counter di pintu masuk dimana yang ada cuma cafe dengan susunan meja/kerusi yang kemas serta perhiasan Krismas yang menarik. Oh ya, Krismas is near, no wonder perhiasan dia so Krismas.


Petugas - petugas di bahagian cafe juga sangat ramah dan peka pada pengunjung. Bila saya sedikit keliru dengan pemilihan coffee, mereka membantu dengan beberapa cadangan. Cuma mereka tidak sedar satu perkara, abah mertua saya merupakan seorang professional in food industry. When he said, not bad, he really means it. The coffee was great !. Jadi saya cadangkan mereka yang datang ke sini untuk mencuba coffee yang ada. Harga coffee seperti harga - harga minuman di Secret Recipe, RM10 and above. A normal price for drinks at a place like this.



Saya memesan Hot Chocolate dan rasanya not bad. Sebelum saya terlupa, boleh dikatakan keseluruhan di dalam hotel ini mempunyai imej mereka tersendiri. Daripada bantal, minuman, gifts, towel, dan lain-lain dijenamakan The Shop. Free Wifi to surf the internet while having a cup of coffee, and sweet songs really made the day. Ok, enough said about the cafe. Lets talk about the room.

Ruang bilik tidak begitu besar, dan tidak begitu kecil. Its nice and clean, with a queen size bed, a tv, aircond, and bathroom with showers. Its bigger than Tune Hotel but not as big as standard hotel room for two people. Apa yang saya ceritakan adalah berdasarkan bilik for two people. Bilik for three people is bigger with a queen size bed and a single size bed. Memandangkan hotel ini baru dibuka, segala benda adalah baru. Seperti baru dibeli, bersih dan wangi. Malam tiada gangguan bunyi dan tiada apa - apa yang tidak selesa. Katil dan bantal lembut, sangat melenakan. 

Overall, from 5 stars, I gave this The Shop Hotel 4 stars. I'm not a professional in star rating, but this hotel is really great. Hopefully they can maintain it and keep on improving.

Well, kalau ditanya apa penambahbaikan yang boleh dibuat oleh The Shop Hotel, saya boleh cadangkan beberapa, seperti :-

Foods
Mungkin boleh ditambah dengan western food seperti spagetthi, chicken/lamb chops, fries and nuggets, burger. Boleh juga diletakkan roti seperti crossaint, and others.

Landscape
Mungkin kerana baru dibina, landscape masih tidak dapat disempurnakan. Cadangkan landscape ditambah baik dengan garden atau apa2 sahaja yang menarik.

Hot Water
Mungkin dalam bilik boleh diletakkan satu kettle air untuk pengunjung membuat air panas di dalam bilik dan jika tiada masalah, air panas untuk shower.

Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini. Overall, it's a nice hotel. If i'm going to Kuala Kangsar again, it will be on my top list for a night. My review is based on my experience and nothing to do with professional star rating. Mungkin ada beberapa keistimewaan lain yang saya terlepas pandang atau terlupa untuk ditulis. Terima kasih atas servis yang baik dan cemerlang and keep up the good work !

psst : Pictures taken using my phone and not using my DSLR. Sorry for the bad quality.

Sunday, December 14, 2014

FIENAZ AT MAGAZINE


© 2014 Hasif Rahman

Trying new style in editing. 

NO SHAME IN LEARNING


© 2014 Hasif Rahman - Learning Never Stop

Sometimes what you need is to learn. Buy a book about what you love to do. Sometimes what you need is learn the basic things which we think that we have master it, but suprisingly, we're do it wrong or the hard way. Those who love photography, I recommend you to buy a book about photoshop. Learn how to use layer, how to use tools, how to post processing and others. 

Photography comes in package. Its not just about the camera. Learn and learn and learn. Never stop. The most important thing, don't be shy to learn the basic because with strong basics, you'll be better in future. Kudos.


Sunday, November 23, 2014

#PRAY FOR LIL KHALIFAH


© 2014 Hasif Rahman - #prayforlilkhalifah

Syukur Alhamdulillah to Allah. I'm so speechless. 
Gonna be a daddy soon?
Still a long way to go.
6 weeks and counting.
Expected delivery July 2015

Doa harian setiap kali sujud terakhir

Ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku
Ampunkanlah dosa kedua ibu bapa isteri ku
Ampunkanlah dosa ku
Ampunkanlah dosa isteri ku
Ampunkanlah dosa keluarga kami
Ampunkanlah dosa saudara kami
Ampunkanlah dosa sahabat kami

Murahkanlah rezeki kami
Mudahkanlah urusan kami

Lindungilah kami dunia akhirat
Rahmatilah kami dunia akhirat
Berkatilah kami dunia akhirat

Berikanlah keselamatan kepada kami
Berikanlah kesihatan yang baik kepada kami
Panjangkanlah umur kami

Semoga dimakbulkan doa2 kami
Amin.


To be honest, selepas kahwin, inilah doa yang dibaca pada sujud terakhir. Cuma ada few days tu ada diselitkan satu doa yang berbunyi..

Mudahkanlah kami mendapat cahaya mata
Percepatkanlah kami mendapat cahaya mata

I don't know how, i don't know when, but somehow, among those solat, salah satu waktu itu dimakbulkan doa tersebut. The best thing is, based on the calculations by the doc, rasanya Cik Isteri dah mengandung sebelum doa itu diselitkan. Betul kata orang2 tua, Allah itu Maha Mengetahui.

Ya, I know, its to early to be happy. It's to early to cheer about. It's to early to tell the whole world. Still a long way to go. But, as a husband, it's one of the most happy things in the world. 

Lelaki atau perempuan? Tidak terlintas di fikiran cuma yang saya mahukan, lahirnya dia nanti dalam keadaan sihat dan sempurna. Amin.

Mulai hari ini, kena tambah doa

Ya Allah Ya Tuhanku
Lindungilah Bakal Khalifah Ini
Semoga Ia Berada Dalam Keadaan Sihat dan Sempurna
Lahirnya Menjadi Soleh/Solehah
Lahirnya Saat Diri Ini Berada Di Sebelah Isteri
Selamatkanlah Isteri dan Bakal Khalifah Ini Saat Dilahirkan
Amin.

#prayforlilkhalifah

Waiting...



Wednesday, November 19, 2014

THANKS TO ALLAH


© 2014 Hasif Rahman - Credit To Photographer Love Story Teller

Alhamdulillah dan Syukur kepada Allah atas amanah ini. Memang benar Jodoh itu Rahsia Allah. Jika ikutkan sejarah, dia telah tercipta sebelum diri ini dilahirkan lagi. Begitu unik perancangan Allah. Lahir pada tahun yang berbeza, di tempat yang berbeza namun akhirnya pada 2014 disatukan sebagai suami isteri. Masing2 pernah kecewa dan mengharungi cabaran, namun pengalaman itu membuatkan kita lebih matang dan akhirnya "Aku terima nikahnya Enny Nursuliza..."

Ikutkan banyak perkara mahu dikongsikan bersama seperti pengalaman dan nasihat namun tidak tahu pula hendak bermula dari mana dan bagaimana mahu diceritakan. Hendak dimulakan dari awal perkenalan hingga ke alam perkahwinan, takut tiada yang sanggup membaca panjangnya artikel tersebut. Haha. Namun boleh saya memberikan kesimpulan dari Alam Perkenalan kepada Alam Perkahwinan untuk mereka diluar sana :-

Menjadi seorang lelaki perlu ada kesabaran yang tinggi,
Kerana wanita penuh dengan emosi.
 
Buanglah ego, rajin memaafkan,
Biar kalah kasih berkekalan, bukan menang cinta melayang.

Sekian, terima kasih.






Monday, November 10, 2014

I GREW UP


© 2014 Hasif Rahman - Getting Better By Year

Pernah tak korang rasa kawan - kawan meninggalkan kita dengan alasan kita kurang berhubung dengan mereka? Rasanya ramai yang mengalami perkara yang sama. Kita dikatakan waktu senang kita tinggalkan mereka, waktu susah kita datang meminta pertolongan atau waktu kita bercinta kita tinggalkan mereka, waktu kita putus cinta kita datang mengadu pada mereka. Biasanya perkara ini selalu berlaku. Seriously, orang kata kawan bersama kita sewaktu susah dan senang. Yeah, it's true, tetapi bukan bermaksud 24 jam kena berkepit. It's subjective, very subjective. Time senang kita bersama, yeah sure, ada berita baik, come talk and share it, insyaAllah kita akan dengar dan kongsi kegembiraan bersama, dan bila ada masa, kita akan celebrate it with high tea somewhere, somehow. Time susah, insyaAllah, apa boleh bantu, kita bantu. Perlukan duit, ada lebih boleh pinjamkan, (tapi kalau dah hutang tu, janji nak bayar, bayar, memang tak halalkan la kalau tak bayar balik), time sedih perlukan sokongan, we can have a chit chat and so on. Tetapi dalam masa biasa? Waktu tiada perkara baik dan susah untuk dicerita dan dikongsi? Yeah, that's the time for personal things. So, to leave your friends bila tak dapat nak berkepit 24 jam tu, sangatlah, ngaa...don't want to say that word.

I moved on. Friends come and go, but my wife stands beside me forever~

Psst..by the way, miss my friends or should i say my street photography friends. Gambar di atas di ambil di Kuala Lumpur. Street Portrait. If not mistaken, the model name Tiniey Tajudin. Lama tak nampak di FB. Dun know whats the latest story. Eh, ok bai.

Wednesday, November 5, 2014

ADLINA + SHAHAZREEQ - SOLEMNIZATION AT RUANG SS 18/6






















































© 2014 Hasif Rahman - Adlina & Shahazreeq Solemnization

Canon 6D + 50mm
OP - Hasif Rahman + Enny Nursuliza
Venue - RUANG SS 18/6
25 October 2014