Home

NuffNang

Tuesday, May 13, 2014

PUISI | WANI ARDY - LANGIT VANILLA


© 2014 Hasif Rahman - Langit Vanilla

SIFU | STREET PHOTOGRAPHY CLASS


© 2014 Hasif Rahman - Chot Touch

Teringat pada sifu yang mengajar diri ini Street Photography. Chot Touch, siapa yang tidak kenal. Salah seorang yang berbakat dalam Street Photography. Dulu ramai juga yang terikut ikut dengan rentaknya. Tone - tone dia menjadi kegilaan orang ramai, seperti Rare dan Moment tone. Semasa mengikuti kelasnya, diberikannya tone tersebut. Well, tone dia memang unik tetapi walau bagaimana pun, setting gambar adalah penting untuk tone tersebut berkesan. Namun sehingga sekarang, aku sebenarnya masih berharap boleh mendapat HD tone yang digilai itu. 

Street Photography is my choice !




Saturday, May 10, 2014

LIFE | OUTWARD BOUND SCHOOL (OBS) LUMUT


© 2014 Hasif Rahman - The Team

" To Serve, To Strive, and Not To Yield "

- OBS Lumut -

Outward Bound School (OBS) merupakan satu kursus yang mengajar kita tentang kehidupan. Bukan kursus yang mengajar tentang kehidupan seperti apa itu air, apa itu api, kitaran rantaian makanan dan lain - lain. Tetapi lebih kepada "live the life". Kalau kita lihat pada zaman sekarang, boleh dikatakan majoriti mereka di luar sana sentiasa bersama telefon dan online. Dunia seolah olah dikawal oleh teknologi dan bukan lagi kita yang mengawal teknologi. Tanpa teknologi, kita merasakan seperti sesuatu tidak lengkap dalam kehidupan seharian. Tetapi di OBS, no technology allowed kecuali sesetengah yang dibenarkan seperti kamera. 

Semasa mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Awam, OBS merupakan salah satu kursus yang wajib disertai. Jika difikirkan ia seperti "campfire" yang biasa, mungkin sedikit lari dari apa yang sebenar. OBS sangat menguji daya ketahanan fizikal dan mental. Sepanjang kursus, fizikal dan mental seolah olah bekerjasama untuk putus asa. 



Percaya atau tidak, orang yang berisi mampu menjadi kurus jika menyertai OBS walaupun hampir setiap hari dihidangkan dengan nasi dan lauk. Saya sendiri ketika menyertai OBS ini, merasakan pertama kali baju yang dipakai boleh diperah peluhnya. Cuma rezeki menyebelahi saya, sepanjang kursus tersebut, tiada mengalami sebarang melecet di kaki. Kami diuji dengan kerjasama dalam kumpulan, komunikasi, kreativiti dan inovasi, dan lain - lain. Tiada seorang pun boleh ditinggalkan. Semua bermula dan berakhir bersama - sama. Salah satu aktiviti yang sungguh mencabar apabila mendaki tiga puncak di Pulau Pangkor. Kadang - kadang terasa seperti mahu berputus asa. Dalam keadaan yang sangat penat, melihat perjalanan yang masih jauh dan perlu mendaki, dengan membawa bag yang amat berat sambil membawa botol air minuman 5 gelen setiap orang, tidak dapat dibayangkan betapa mencabarnya pada waktu itu. Mereka yang betul - betul keletihan dan tidak mampu, rakan - rakan sepasukan membantu membawa bag dan botol airnya. Membantu bukan satu perkara yang mudah. 

Tetapi apabila tiba di puncak terakhir, terasa satu kepuasan yang tidak ternilai walaupun itu sebenarnya masih belum tamat perjalanannya. Selesai bergambar dan berehat, perjalanan diteruskan untuk pulang. Walaupun perjalanan tersebut bukan lagi mendaki, tetapi dengan fizikal yang keletihan, masih terasa kesukarannya.


Gambar di atas boleh menjadi bukti bagi sesiapa sahaja yang berjaya mendaki ke puncak terakhir. Satu kenangan yang tidak boleh dilupakan namun tidak sesekali ingin ku mengulanginya.


Selain menguji ketahanan fizikal, kami turut diuji ketahanan fizikal dengan modul solo camp. Bagi mereka yang biasa, mungkin ini satu perkara yang mudah, tetapi bagi mereka yang tidak, satu malam itu seperti seminggu lamanya. Solo camp, kami diletakkan untuk bermalam seorang sahaja di dalam hutan, selama sehari. Tanpa rakan - rakan yang lain, masak dan memasang unggun sendiri, dan aktiviti bebas. Sendiri ikhtiar untuk hidup. Setelah diletakkan di tempat yang sesuai, saya mula mencari kayu untuk membuat unggun api sepanjang malam. Di dalam hutan, malam pasti sangat gelap, serta api juga dipasang untuk menghindar binatang dari mendekati. Selain itu, perlu memasak untuk elak kelaparan. Ada yang kata, mudah sahaja solo camp, tidur awal dan paginya bangun tamat sudah. Saya sendiri berfikiran begitu. Tetapi percayalah, bermula pukul 8.00 malam, perasaan ingin tidur itu tidak ada. Bukan takut, tetapi tidak biasa di tempat itu membuatkan mata itu segar dan tidak mahu lelap. Akhirnya keseorangan bermain dengan api. Pukul 8.00 ke 8.30 terasa begitu lama. Hendak berjalan ke sana sini, tidak pula nampak tempat untuk dilawat, maka duduk termenung sambil makan makanan yang dimasak, itu sahaja yang boleh dilakukan. Sangat - sangat menguji ketahanan mental dan perasaan ketika itu.

Sebenarnya saya melakukan sedikit kesilapan, iaitu hanya mengutip kayu - kayu yang kecil sahaja. Akhirnya unggun api selesai lebih kurang jam 12 tengah malam. Ah, bergelap, di dalam hutan, tanpa dapat melihat sebarang benda di hadapan mata, bunyi - bunyi sesuatu berjalan, hilaian, ah...macam - macam lagi. Tutup mata, paksa tidur. Berjaya ! Bangun, dengan harapan sudah siang, malangnya baru 12.30 tengah malam. Begitulah sepanjang malam, sehingga keesokkannya. Tamat.


OBS mengajar saya banyak perkara. Mengajar saya erti kesusahan. Mengajar saya erti kerjasama. Mengajar saya erti persahabatan dan banyak perkara lagi. Seperti yang saya katakan, OBS memberikan begitu banyak kenangan dan pengajaran, namun tidak sesekali saya ingin mengulanginya. Haha.