Home

NuffNang

Wednesday, November 19, 2014

THANKS TO ALLAH


© 2014 Hasif Rahman - Credit To Photographer Love Story Teller

Alhamdulillah dan Syukur kepada Allah atas amanah ini. Memang benar Jodoh itu Rahsia Allah. Jika ikutkan sejarah, dia telah tercipta sebelum diri ini dilahirkan lagi. Begitu unik perancangan Allah. Lahir pada tahun yang berbeza, di tempat yang berbeza namun akhirnya pada 2014 disatukan sebagai suami isteri. Masing2 pernah kecewa dan mengharungi cabaran, namun pengalaman itu membuatkan kita lebih matang dan akhirnya "Aku terima nikahnya Enny Nursuliza..."

Ikutkan banyak perkara mahu dikongsikan bersama seperti pengalaman dan nasihat namun tidak tahu pula hendak bermula dari mana dan bagaimana mahu diceritakan. Hendak dimulakan dari awal perkenalan hingga ke alam perkahwinan, takut tiada yang sanggup membaca panjangnya artikel tersebut. Haha. Namun boleh saya memberikan kesimpulan dari Alam Perkenalan kepada Alam Perkahwinan untuk mereka diluar sana :-

Menjadi seorang lelaki perlu ada kesabaran yang tinggi,
Kerana wanita penuh dengan emosi.
 
Buanglah ego, rajin memaafkan,
Biar kalah kasih berkekalan, bukan menang cinta melayang.

Sekian, terima kasih.






No comments: