Home

NuffNang

Wednesday, November 11, 2015

SUPERGIRL AND SUPERDAD


© 2015 Hasif Rahman - Supergirl | Superdad


 " I hope I am remembered by my children as a good father "

- Orson Scott Card -


Melihat anak membesar setiap hari selama 2 minggu ini memang berbeza dengan semasa menjadi weekend husband untuk 4 bulan sejak kelahirannya. Perubahannya begitu pantas terutama dari sudut kelakuan. Entah dari mana dia belajar, saya sendiri pun tidak tahu. Currently, kelakuannya suka menjerit. Baru dapat suara agaknya. Jerit pun comel sahaja bunyi dia. Macam kucing. Lagi satu kemahiran yang baru dipelajarinya, sudah tahu meminta untuk didukung. Kalau dia sudah lapangkan tangannya sambil terangkat angkat itu, nak dukung la jawabnya. Tak didukung, menangis jadinya. Haha.

Satu perangai nakal dia sekarang ini juga, tidak boleh letak, mesti akan meragam. Hendak dukung sahaja kerjanya. Sudahnya, kerja - kerja lain tidak dapat nak dibuat. Yang pelik tu semasa letak meragam nak nangis, dukung terus senyum jahat. Haha. Owh, rambut dia ada dua pusar. Ini agaknya kata orang - orang tua, kalau ada dua pusar ni banyak akalnya. Saya setuju kalau orang kata baby itu "Natural Stress Relieve". Bila rasa sedih or tekanan, bila peluk anak sendiri, bau dia, memang akan rasa satu ketenangan. Didepan mata pun sudah rasa rindu.

Sekarang ni bawa Audrey ke mana - mana, semua kata muka ayah dia. Haha. But seriously, bila tengok dia, terasa macam melihat diri sendiri. Tapi apapun, tak kisah la muka siapa pun. Audrey tetap anak ayah dan ibu. Hee

Membesar dengan sihat ye Audrey. Love you ! =)



1 comment:

Nortehanon said...

I would love to see some more of Nobita here! :-)