Home

NuffNang

Tuesday, August 25, 2015

LAMAN SENI SHAH ALAM (PART 2)




© 2015 Hasif Rahman - Street Art | Laman Seni Shah Alam Seksyen 7

" This world is a canvas to our imagination "

- Henry David Thoreau -


Sebagai permulaan, mungkin anda boleh merujuk kepada entri sebelum ini berhubung Laman Seni Shah Alam. Entri kali ini merupakan sambungan kepada entri tersebut di mana saya menjanjikan lebih gambar untuk dikongsikan bersama. 

Sebelum ini saya telah membuat entri berkenaan Street Art di Penang yang menjadi tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa. Laman Seni Shah Alam di Seksyen 7 tidak ketinggalan juga dalam mencipta Street Art mereka yang tersendiri yang kini mencuri tumpuan orang ramai. Bertempat di Seksyen 7 Shah Alam, 

Sedikit info berhubung Laman Seni Shah Alam di Seksyen 7, ia merupakan usaha sama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Bank Muamalat dan pihak Universiti bagi mengubah suasana lorong belakang di kawasan komersial menjadi bersih, selamat dan bebas dari gejala tidak sihat. Saya bersetuju dengan idea ini kerana ini secara tidak lansung boleh mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap lorong belakang di kawasan komersial.

Pengalaman sendiri berada di sana, kawasannya sangat bersih dan tidak terdapat satu bau yang tidak menyenangkan. Malah ramai yang meluangkan masa bersama keluarga di kawasan ini. Terdapat juga mereka mengambil kesempatan bagi "outdoor photoshoot" konvokesyen terutama mereka dari UITM Shah Alam. Mungkin para photographer boleh menggunakan kawasan ini sebagai kawasan baru untuk portfolio mereka seperti Pre Wedding, Post Wedding dan sebagainya.

Antara gambar yang sempat saya ambil ;-
















No comments: