Home

NuffNang

Showing posts with label Laman Seni. Show all posts
Showing posts with label Laman Seni. Show all posts

Tuesday, August 25, 2015

LAMAN SENI SHAH ALAM (PART 2)




© 2015 Hasif Rahman - Street Art | Laman Seni Shah Alam Seksyen 7

" This world is a canvas to our imagination "

- Henry David Thoreau -


Sebagai permulaan, mungkin anda boleh merujuk kepada entri sebelum ini berhubung Laman Seni Shah Alam. Entri kali ini merupakan sambungan kepada entri tersebut di mana saya menjanjikan lebih gambar untuk dikongsikan bersama. 

Sebelum ini saya telah membuat entri berkenaan Street Art di Penang yang menjadi tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa. Laman Seni Shah Alam di Seksyen 7 tidak ketinggalan juga dalam mencipta Street Art mereka yang tersendiri yang kini mencuri tumpuan orang ramai. Bertempat di Seksyen 7 Shah Alam, 

Sedikit info berhubung Laman Seni Shah Alam di Seksyen 7, ia merupakan usaha sama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Bank Muamalat dan pihak Universiti bagi mengubah suasana lorong belakang di kawasan komersial menjadi bersih, selamat dan bebas dari gejala tidak sihat. Saya bersetuju dengan idea ini kerana ini secara tidak lansung boleh mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap lorong belakang di kawasan komersial.

Pengalaman sendiri berada di sana, kawasannya sangat bersih dan tidak terdapat satu bau yang tidak menyenangkan. Malah ramai yang meluangkan masa bersama keluarga di kawasan ini. Terdapat juga mereka mengambil kesempatan bagi "outdoor photoshoot" konvokesyen terutama mereka dari UITM Shah Alam. Mungkin para photographer boleh menggunakan kawasan ini sebagai kawasan baru untuk portfolio mereka seperti Pre Wedding, Post Wedding dan sebagainya.

Antara gambar yang sempat saya ambil ;-
















Thursday, May 21, 2015

COLOURS OF MY LIFE


© 2015 Hasif Rahman - Laman Seni | Seksyen 7 Shah Alam


" A righteous wife can make a poor man feel like a king "

- Anonymous -



Wednesday, May 20, 2015

THE DIFFERENCE IN "SEE"


© 2015 Hasif Rahman - Laman Seni | Seksyen 7 Shah Alam


" The more I see, the less I know for sure "

- John Lennon -


What I see and what others see about me will always be different. When people see me as a successful person, I see myself as a failure. Heart broken in some things. Sharing it will never give the best answer as it will lead to another broken heart. A wise man once said, sometimes silent is the best answer. It shows that we are strong.

Failure or not, my heart always tell me, have faith, one day you'll be a great photographer for portrait photography. 

Tuesday, May 19, 2015

LAMAN SENI SHAH ALAM SEKSYEN 7


© 2015 Hasif Rahman - Laman Seni | Shah Alam | Seksyen 7

" Speak softly, but carry a big can of paint "

- Banksy, Wall and Piece -


Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk ke Penang terutama yang teringin untuk melihat Street Art, anda boleh ke Laman Seni Shah Alam di Seksyen 7 di lorong kedai. Lukisan - lukisan Street Art yang dihasilkan adalah sangat menarik dan unik. Waktu yang paling sesuai untuk pergi adalah pada waktu awal pagi kerana pencahayaan yang bagus menghasilkan gambar yang lebih menarik serta kurangnya orang ramai yang mungkin mengganggu komposisi gambar anda. Masuk percuma. Takda orang jaga. Hanya kita - kita, Haha.


© 2015 Hasif Rahman - Laman Seni | A Happy Family



© 2015 Hasif Rahman - Me and Her | Ini Cherita Kita

Laman seni ni juga tempat yang menarik kalau ada nak buat photoshoot wedding, friendship, convocation dan others. Thinking macam nak buat maternity shoot kat sini pula dengan isteri. Haha. Gambar - gambar lain saya akan upload kemudian ye.