Home

NuffNang

Wednesday, March 25, 2015

TRAVEL | NASI KANDAR AT PENANG ISLAND


© 2015 Hasif Rahman -  Line Clear Nasi Kandar at Jalan Penang

" You don't need a silver fork to eat good food "

- Paul Prudhomme -


Makanan tempatan ! Itu yang paling best bila kita travel. Kemana sahaja kita travel, kita akan tanya orang, mana kedai yang sedap. Kadang kala tidak perlu tanya orang, zaman sekarang boleh sahaja di google "Recommended place to eat..." Saya sendiri ada google dan bertanyakan orang yang pernah ke Penang Island. Homework ! Line Clear antara yang disebut. Sebenarnya banyak lagi kedai yang popular, tetapi tidak mampu untuk pergi ke semua kedai Nasi Kandar kerana ada makanan lain juga yang mesti dirasa seperti Pasembor, Laksa Penang, Mee Ketam dan lain - lain. Well, entry kali ini saya ceritakan Line Clear Nasi Kandar !

Hari pertama tiba sekitar jam 3 petang, setelah 4 jam perjalanan daripada Kuala Lumpur, masing - masing mulai kelaparan dan yang terlintas di fikiran adalah nasi kandar. Masing - masing mencadangkan Line Clear Nasi Kandar. Terletak di Jalan Penang, Georgetown, Line Clear Nasi Kandar ini agak mudah terlepas pandang kerana  papan tandanya yang agak kecil dan tersorok. Boleh dikatakan salah satu recommended Nasi Kandar in Penang. 



© 2015 Hasif Rahman -  Line Clear Nasi Kandar from Roadside View

Seperti gambar di atas, kedudukan kedai ini berhampiran selekoh, dan papan tandanya yang tidak begitu besar serta tersorok, orang luar yang pertama kali pandang akan mudah terlepas. Kawasan meletakkan kenderaan berada betul - betul dihadapan kedai dengan bayaran RM5.00 untuk 1 jam pertama. Kedai ini boleh dikatakan tersepit antara shoplots namun di dalam keadaannya agak luas dan selesa dengan lampu serta kipas disediakan. Nasihat kami, elakkan berada di sini pada lunch hour memandangkan pada ketika ini akan penuh dengan orang ramai.



© 2015 Hasif Rahman -  Line Clear Nasi Kandar Place

" A lot of local food is very tasty. I'm very happy to eat it. I just don't think it's the same thing as saving the world "
- Tyler Cowen -




© 2015 Hasif Rahman -  Line Clear Nasi Kandar Foods

Tu diaaaaaaaa... Nasi Kandar ! Around RM8.00 per plate. Orang bertanya, kenapa sampai ke Penang nak makan Nasi Kandar? Macam la kat tempat lain takda. Ha, itulah sebabnya kena rasa dulu. Nasi Kandar di Penang, so called the origin place of Nasi Kandar, rasanya memang sangat berbeza. Lebih sedap ! Campuran kuah di atas nasi dengan ayam berempah (or ayam berkuah juga ada), dan masih didalam keadaan yang panas, 2 pinggan makan ada apa masalah? Haha. Pekena pula teh ais selepas itu ! Hui. 



© 2015 Hasif Rahman -  The Team

Sorry abang kawasan tak tengok kamera. Sedang syok makan, bom meletup pun tak kisah. Haha. Isteri yang mengandung pun melantak juga. Syukur la dia takda loya - loya. Kalau tak rugi je. Haha.

No comments: