© 2015 Hasif Rahman - Wedding Album by FarhanFotografia
Alhamdulillah, akhirnya Album Perkahwinan berada di dalam genggaman. Hui? Orang tanya kenapa lama sangat baru dapat? Haha. Jujur saya jawab, bukan salah photographer, tapi diri sendiri yang tiada masa untuk mengambilnya. Menjadi weekend husband, isnin hingga jumaat sibuk bekerja, sabtu pagi terus ke Kuala Lumpur untuk berjumpa isteri tersayang. Kebetulan minggu ini ada kursus berhampiran rumah, habis kursus terus contact dan wah la, dapat ambil album !
Masa ambil tak tengok on the spot. Terus ambil dan balik. Sampai rumah, belek - belek, wah nice ! Gambar dari persiapan, suasana majlis dan moment ketika bersanding, outdoor dan lain - lain. Ringkas cerita, a complete album for the big day ! Takda la muka pengantin je satu album. Ada gambar family, saudara mara, rakan - rakan yang hadir dan tetamu lain. Sampai isteri pun kata, maternity shoot nanti pakai photographer yang sama la. Haha. Menjadi seorang suami, apa yang menggembirakan isterinya, juga menggembirakan suaminya.
Kepada mereka yang mahukan khidmat photographer ini boleh lawat di farhanfotografia
" Weddings are important because they celebrate life and possibility "
- Anne Hathaway -
No comments:
Post a Comment