Home

NuffNang

Showing posts with label Georgetown. Show all posts
Showing posts with label Georgetown. Show all posts

Sunday, April 26, 2015

FOOD HUNTER | PENANG ROAD FAMOUS TEOCHEW CHENDUL ICE KACANG


© 2015 Hasif Rahman - Street Food Hunter


© 2015 Hasif Rahman - Awesome Chendul !


" First we eat, then we do everything else "

- M.F.K Fisher -


 Street Food !

Food. One of the things that can make me flying without wings. Not that type of choosy in terms of food, anything nice even at street, I'm gonna try it. Kalau anda ada baca entry sebelum ini tentang Line Clear Nasi Kandar, Chendul ni terletak di satu jalan yang sama cuma ia berada di hadapan sedikit di lorong antar dua blok barisan kedai. Macam mana nak tau gerai Chendul dia? First boleh lihat nama gerai dia Penang Road Famous Teochew Chendul Ice Kacang or, tengok je gerai yang orang ramai beratur panjang. Haha. Sebut pasal beratur panjang, mesti orang akan kata, lama nak tunggu. Eh, no worry, fast service ! Tak lama pun beratur. Must try food kalau ke Penang ! 

Psst..sorry takda gambar chendul, sebab dia takda kerusi meja, makan sambil berdiri. Haha


Wednesday, March 25, 2015

TRAVEL | NASI KANDAR AT PENANG ISLAND


© 2015 Hasif Rahman -  Line Clear Nasi Kandar at Jalan Penang

" You don't need a silver fork to eat good food "

- Paul Prudhomme -


Makanan tempatan ! Itu yang paling best bila kita travel. Kemana sahaja kita travel, kita akan tanya orang, mana kedai yang sedap. Kadang kala tidak perlu tanya orang, zaman sekarang boleh sahaja di google "Recommended place to eat..." Saya sendiri ada google dan bertanyakan orang yang pernah ke Penang Island. Homework ! Line Clear antara yang disebut. Sebenarnya banyak lagi kedai yang popular, tetapi tidak mampu untuk pergi ke semua kedai Nasi Kandar kerana ada makanan lain juga yang mesti dirasa seperti Pasembor, Laksa Penang, Mee Ketam dan lain - lain. Well, entry kali ini saya ceritakan Line Clear Nasi Kandar !

Hari pertama tiba sekitar jam 3 petang, setelah 4 jam perjalanan daripada Kuala Lumpur, masing - masing mulai kelaparan dan yang terlintas di fikiran adalah nasi kandar. Masing - masing mencadangkan Line Clear Nasi Kandar. Terletak di Jalan Penang, Georgetown, Line Clear Nasi Kandar ini agak mudah terlepas pandang kerana  papan tandanya yang agak kecil dan tersorok. Boleh dikatakan salah satu recommended Nasi Kandar in Penang. 



© 2015 Hasif Rahman -  Line Clear Nasi Kandar from Roadside View

Seperti gambar di atas, kedudukan kedai ini berhampiran selekoh, dan papan tandanya yang tidak begitu besar serta tersorok, orang luar yang pertama kali pandang akan mudah terlepas. Kawasan meletakkan kenderaan berada betul - betul dihadapan kedai dengan bayaran RM5.00 untuk 1 jam pertama. Kedai ini boleh dikatakan tersepit antara shoplots namun di dalam keadaannya agak luas dan selesa dengan lampu serta kipas disediakan. Nasihat kami, elakkan berada di sini pada lunch hour memandangkan pada ketika ini akan penuh dengan orang ramai.



© 2015 Hasif Rahman -  Line Clear Nasi Kandar Place

" A lot of local food is very tasty. I'm very happy to eat it. I just don't think it's the same thing as saving the world "
- Tyler Cowen -




© 2015 Hasif Rahman -  Line Clear Nasi Kandar Foods

Tu diaaaaaaaa... Nasi Kandar ! Around RM8.00 per plate. Orang bertanya, kenapa sampai ke Penang nak makan Nasi Kandar? Macam la kat tempat lain takda. Ha, itulah sebabnya kena rasa dulu. Nasi Kandar di Penang, so called the origin place of Nasi Kandar, rasanya memang sangat berbeza. Lebih sedap ! Campuran kuah di atas nasi dengan ayam berempah (or ayam berkuah juga ada), dan masih didalam keadaan yang panas, 2 pinggan makan ada apa masalah? Haha. Pekena pula teh ais selepas itu ! Hui. 



© 2015 Hasif Rahman -  The Team

Sorry abang kawasan tak tengok kamera. Sedang syok makan, bom meletup pun tak kisah. Haha. Isteri yang mengandung pun melantak juga. Syukur la dia takda loya - loya. Kalau tak rugi je. Haha.

Tuesday, March 17, 2015

TRAVEL | BACK TO WORK


© 2015 Hasif Rahman -  Homestay at Penang, Havara Place

Phew, baru sampai rumah selepas 3 hari berada di Penang Island. Banyak benda hendak diceritakan dan dikongsi bersama rakan - rakan. Namun diri ini terasa penatnya. Cuaca di Penang Island agak panas, dan penduduk tempatan sendiri menyatakan sudah lama tidak hujan. Berjalan di sana sini, air menjadi penyelamat keadaan. Mahal atau tidak, itu lain cerita kerana yang penting diri ini sentiasa dalam keadaan segar dan bertenaga. Secara jujurnya, 3 hari di Penang Island, tidak mencukupi untuk mencuba semua "Best Food in Penang" dan juga tempat - tempat "Place to Visit in Penang". Hendak dikatakan kesal tidak dapat mencuba makanan dan melawat kawasan, tidaklah juga kerana bukannya tidak mampu untuk kesana semula. Cuma rasa terkilan agaknya kerana tidak dapat habiskan semua dalam masa 3 hari. Haha. Well, itu petandanya, ke Penang Island lagi bila ada rezeki. Hehe. Overall, Penang Island trip was great ! Will blog about the Penang Island trip for the day one to the last day. One by one. Will make a detail review about the place, from pricing, transportation, and a lot more. Seronok bila travel. Tidak seronoknya bila balik, esok kerja. Haha. See ya !

" The world is a book, and those who do not travel read only a page"

- Saint Augustine -


" Want to be happy? Stop buying things and go travel ! "

- Gilonie Montejo -


" Travel is the only thing  you buy that makes you richer "

- Colleen Maag -