Home

NuffNang

Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

Tuesday, August 25, 2015

A CUTE DAY AT PURRFECT CAT CAFE, PENANG


© 2015 Hasif Rahman - Purrfect Cat Cafe | Georgetown, Penang

" Family and friends welcome, fleas are not "

- Purrfect Cat Cafe -


Cat Cafe sebelum ini popular di Jepun dan sangat digemari oleh orang ramai. Kini Cat Cafe ada di Penang Malaysia dimana telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng pada 26 Januari 2014. Ia merupakan satu cafe yang bertemakan kucing dimana para pelanggan akan menikmati hidangan sambil beramah mesra dengan kucing sebenar. Terletak di No.53, Jalan Muntri, Georgetown, Cat Cafe tersebut merupakan yang pertama di Pulau Pinang. 

Pengalaman sendiri berada di sana, Cat Cafe berada  bersebelahan dengan Camera Museum. Ia merupakan kedai dua tingkat yang telah diubah suai. Tingkat bawah merupakan bahagian jualan cenderamata yang bertemakan kucing. Terdapat keychain, bantal, patung dan lain - lain lagi. Bagi mereka yang ingin menikmati hidangan dan beramah mesra bersama kucing, setiap orang perlu sekurang - kurangnya membeli hidangan bernilai RM18 (makanan + air). Umpama kita membeli tiket bagi masuk ke muzium, di Cat Cafe tiket tersebut digantikan dengan makanan. Bagi saya, kos itu agak mahal sebenarnya, tetapi mungkin atas faktor penjagaan yang membuatkan kos seperti itu dikenakan.



Secara jujurnya, kawasan persekitaran adalah sangat bersih. Pada waktu saya di sana, keadaan masih kemas dan teratur serta tidak mempunyai sebarang bau yang tidak menyenangkan. Mungkin ada yang berkata, akan ada bau kencing dan tahi kucing, tetapi saya tidak lansung terhidu bau tersebut. Di tingkat atas bahagian cafe, hanya ada bau makanan sahaja. 





Makanan yang dihidangkan di Cat Cafe adalah berbentuk western. Lebih kepada "High Tea Concept". Sesuai bagi mereka yang datang untuk merehatkan minda. Bila diceritakan, ada yang bertanya, kucing - kucing di Cat Cafe tidak mengganggu mereka yang sedang makan? Jawapannya tidak kerana di atas, terdapat satu dinding lutsinar yang memisahkan cafe dan kawasan kucing. Mereka boleh bermain dengan kucing tetapi tidak boleh membawa masuk makanan ke kawasan kucing tersebut dan sebaliknya. 




Pada pendapat saya, untuk pertama kali ke Cat Cafe, perasaan itu menyeronokkan terutama bagi penggemar kucing. Tetapi untuk menjadi "loyal customer" mungkin tidak. Apa yang saya lihat kekurangannya adalah harga makanan yang agak mahal serta tempat duduk yang terhad. Overall cafe tersebut kemas dan teratur serta selesa. Kebersihan juga terjaga. Satu pengalaman yang menarik bagi mereka yang masih belum mempunyai kesempatan ke Cat Cafe di Jepun. 









Tuesday, March 17, 2015

TRAVEL | BACK TO WORK


© 2015 Hasif Rahman -  Homestay at Penang, Havara Place

Phew, baru sampai rumah selepas 3 hari berada di Penang Island. Banyak benda hendak diceritakan dan dikongsi bersama rakan - rakan. Namun diri ini terasa penatnya. Cuaca di Penang Island agak panas, dan penduduk tempatan sendiri menyatakan sudah lama tidak hujan. Berjalan di sana sini, air menjadi penyelamat keadaan. Mahal atau tidak, itu lain cerita kerana yang penting diri ini sentiasa dalam keadaan segar dan bertenaga. Secara jujurnya, 3 hari di Penang Island, tidak mencukupi untuk mencuba semua "Best Food in Penang" dan juga tempat - tempat "Place to Visit in Penang". Hendak dikatakan kesal tidak dapat mencuba makanan dan melawat kawasan, tidaklah juga kerana bukannya tidak mampu untuk kesana semula. Cuma rasa terkilan agaknya kerana tidak dapat habiskan semua dalam masa 3 hari. Haha. Well, itu petandanya, ke Penang Island lagi bila ada rezeki. Hehe. Overall, Penang Island trip was great ! Will blog about the Penang Island trip for the day one to the last day. One by one. Will make a detail review about the place, from pricing, transportation, and a lot more. Seronok bila travel. Tidak seronoknya bila balik, esok kerja. Haha. See ya !

" The world is a book, and those who do not travel read only a page"

- Saint Augustine -


" Want to be happy? Stop buying things and go travel ! "

- Gilonie Montejo -


" Travel is the only thing  you buy that makes you richer "

- Colleen Maag -



Monday, March 9, 2015

TRAVEL | PENANG WITH KTMB


© 2015 Hasif Rahman -  KTMB maps


 Well, travel untuk kali kedua bagi 2015 adalah ke Penang Island ! Sebelum ini saya ke Kuala Kangsar (travel + wedding reception) dan kali ini juga ke Penang Island untuk tujuan yang sama (travel + wedding reception). Wedding siapa? Pernikahan dan majlis persandingan diantara Nur Zahirah Zamri dan Wan Zul ( Mat Ju San) iaitu emcee dan pengapit saya ketika majlis persandingan saya yang lepas. Kedua - dua merupakan kawan baik saya yang telah banyak membantu ketika susah dan senang. Kali ini saya ke Penang Island menggunakan KTMB dan secara jujurnya ia merupakan kali pertama. So, I'll make a review about it. Buat masa ini saya sedang membuat sedikit homework untuk ke Penang Island untuk dua perkara utama. What to visit dan what to eat. Sebab saya belajar dari Bro Wazari Wazir, kemana tujuan kita melancong, perlu membuat sedikit homework agar kita bersedia serta tidak membuang masa. Just google it, and wow, there are few places that I really want to visit.

Seperti gambar di atas, itu merupakan peta KTMB bagi seluruh perjalanan di Malaysia dari Selatan ke Utara dan juga ke Pantai Timur. Tiket KTMB pagi perjalanan sedikit mahal dari bas serta tempoh perjalanan sedikit lama. Tetapi satu perkara, walaupun lama untuk tiba, tidak terasa tekanan kesesakan jalan dan kadar kemalangan seperti bas terbabas sebagainya sangat kurang. The origin will be from KL Sentral to Butterworth station. Akan mengambil taxi ke ferry station untuk ke Georgetown. Tetapi sedikit malang apabila tiket telah habis dijual dan cuma hanya dapat tiket dari Butterworth ke KL Sentral pada hari terakhir travel. Worst scenario, saya ke Penang Island dengan kereta bakal pengantin ! Haha. Satu pengajaran untuk kita semua, untuk KTMB Service, pembelian tiket mesti dibeli awal sekurang - kurangnya 2 minggu sebelum. Seminggu sebelum boleh dianggap lewat terutama jika hari bertolak pada Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dan kebiasaannya coach Superior Night Class (Bed) adalah paling cepat habis.

Buat masa ini, hanya ada dua keretapi setiap hari dengan waktu bertolak yang berbeza iaitu Ekspres Rakyat dan Senandung Langkawi. KL Sentral to Butterworth mengambil masa sekitar 7 jam sahaja.

Terdapat 3 coach yang ada bagi pilihan kita iaitu :-

1. Superior Night Class (bed)
2. Economy Class
3. Superior Class
* Harga boleh disemak di website KTMB



© 2015 Hasif Rahman -  Superior Class Ticket


Harga untuk satu hala adalah RM34.00. Bayaran tiket boleh dibuat dengan Maybank2U atau Credit Card serta boleh juga dibeli terus di kaunter berkenaan. Kaedah pemilihan kerusi adalah seperti membeli tiket panggung wayang TGV, GSC. Dalam website akan menunjukkan kerusi dan barisan mana yang kita mahu.
Will review it more later on the service.

Update 18 March 2015

Yuuhuu...I'm home from Penang Island. Its hot but its rock ! Haha. Balik ke KL dengan KTMB from Butterworth to KL Sentral. Satu perjalanan yang sepatutnya 4 jam dengan kereta menjadi hampir 8 jam dengan KTMB. Keseluruhannya perjalanan adalah selesa. Cuma kadang - kadang keretapi itu sedikit bergegar seperti air pocket ketika menaiki kapal terbang. Sepanjang perjalanan, ada petugas yang akan menolak troli makanan seperti pramugari di dalam kapal terbang. Harga agak mahal sedikit, but at night, nothing matters with a cup of hot milo.

Will use it for Singapore trip and Langkawi trip !