Home

NuffNang

Saturday, February 1, 2014

MY HEART | ONE STEP CLOSER


 © 2014 Hasif Rahman - Engagement, Credit to Aziziear.com


"Being deeply love by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage"

- Lao Tzu -



4th January 2014.
Waktu yang dinantikan telah tiba.
Selama ini, aku hanya memerhatikan rakan - rakan melangkah ke kehidupan yang baru.
Perasaan mereka hanya dapat aku bayangkan.
Dari gambar - gambar mereka, jelas terbayang kegembiraan mereka.
Mana mungkin tidak gembira, selangkah ke kehidupan yang baru bersama orang tersayang.

Kini, tiba masanya aku sendiri melangkah selangkah ke kehidupan yang baru.
Ah..dulu aku kata, majlis pertunangan ni biasa sahaja. Nothing to worry.
Tetapi,
Apabila diri sendiri berada di dalam majlis itu, terasa degupan jantung semakin laju juga.
Tangan yang memegang kertas, boleh dilihat terketar-ketarnya.
Apa yang aku fikir ketika itu?
TANGGUNGJAWAB.

Selangkah ke kehidupan yang baru ini bukan seperti drama melayu.
Dimana setiap saat bersama di iringi lagu2 MELETOP ERA.
Dimana kemewahan melimpah.
Dimana kebahagian sentiasa bersama.
Dimana sentiasa dibuai mimpi.

Selangkah ke kehidupan yang baru ini sebenarnya TANGGUNGJAWAB, AMANAH.
Setiap saat bersama mesti jujur dan ikhlas.
Perbelanjaan harus dirancang bijak.
Ada pasang surutnya dalam hubungan.
Ada air mata yang menitis.
Namun,
Jika TANGGUNGJAWAB dan AMANAH itu dijaga dengan baik,
InsyaAllah, segala yang negatif akan menjadi positif.
Sabar dan sentiasa berdoa, itu kuncinya.

Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah..
Kini aku menjadi En. Tunang pada Cik Tunang ini.
Seorang yang sangat bertanggungjawab.
Seorang yang sangat rajin.
Seorang yang sangat kuat.
Seorang yang sentiasa cuba menjadi yang terbaik.
Seorang yang mempunyai kepimpinan.
Seorang yang mempunyai naluri keibuan.

Aku yakin, dia boleh jadi seorang isteri yang terbaik buat diri ini.

Betul kata orang - orang tua,
Yang dicari untuk dijadikan isteri,
Bukanlah pada rupa.
Tetapi pada tanggujawab.
Tanggungjawab untuk menjadi seorang isteri.

Kini, aku menghitung detik,
Menghitung detik saat aku melafazkan
Aku Terima Nikahnya..
InsyaAllah.

Roses are Red
Violets are Blue
Pull me closer
And whisper I Love You~

No comments: