Home

NuffNang

Thursday, February 27, 2014

HARIMAU MALAYA | KEEP ON SUPPORTING




 © 2014 Hasif Rahman - Once a Harimau Malaya, forever will be


"Football fans share a universal language that cuts across many cultures and many personality types. A serious football fan is never alone. We are legion, and football is often the only thing we have in common"

- Hunter S. Thompson -


Sejak kecil lagi aku dah minat dengan bola sepak. Tetapi bola sepak yang diminati adalah English Premier League (EPL) dan pasukan kelab yang diminati adalah Manchester United ( The Red Devils ). Semuanya bermula apabila kawan - kawan ketika itu bercerita tentang David Beckham, pakar mengambil sepakan percuma. Dari cerita - cerita kawan tersebut, saya sendiri cuba melihatnya di Youtube. Maklumlah, pada waktu itu, ASTRO baru sahaja diperkenalkan, dan harga pakej yang disediakan pada ketika itu tidak semurah pada masa kini. Mungkin ada yang mengatakan, bil yang dibayar pada masa kini mahal, tidak melalui zaman ASTRO diperkenalkan. Untuk mendapat pakej movie dan bola sangat mahal. Berbalik kepada cerita, setelah menonton sendiri di Youtube, saya terpegun dengan skill yang dipamerkan, serta jersey merah dengan tajaan VODAFONE, membuatkan diri ini terus berkata, I'm a fan of Manchester United !

Habis semua player dalam pasukan tersebut di ingati dan hafal, serta apa sahaja aktiviti melibatkan perpindahan dan pembelian, taktikal dan persembahan, menjadi perbualan serta kita juga bercerita seakan - akan kita lebih handal menguruskan pasukan tersebut. Saat kalah, hati juga turut merasakan kecewa dan sedih dan saat kemenangan, habis dihebohkan ke sana sini. Biarpun menjadi sekadar penyokong, namun semangat itu membuatkan kita seolah - olah kita menyumbang kepada kemenangan pasukan tersebut.

Berbalik kepada Malaysia, Harimau Malaya. Apa itu? Dulu memang saya tidak ambil peduli tentang pasukan Harimau Malaya. Mana tidaknya, yang kedengaran hanya kekalahan demi kekalahan. Kalah dan kalah dan kalah. Entah bila menangnya. Namun, perasaan itu mula hilang apabila Harimau Malaya menunjukkan peningkatan baru - baru ini serta satu kumpulan penyokong ULTRAS berjaya menaikkan semula mood untuk memberikan sokongan kepada Harimau Malaya. Kemenangan kelihatan mula diperolehi. Saya yang dahulunya tidak mengambil tahu akan pasukan Harimau Malaya, kini menjadi penyokong. Buat pertama kalinya saya pergi menonton perlawanan Harimau Malaya vs Singapura di Stadium Bukit Jalil. Tetapi perlawanan tersebut berakhir dengan kekalahan. Kecewa juga, kali pertama menyokong di stadium, kekalahan yang saya saksikan. Apapun, orang selalu kata, once a fan, forever will be. 

Harimau Malaya, don't give up !



No comments: