© 2014 Hasif Rahman - With Love, Chilis
"Eat to please thyself, but dress to please others"
- Benjamin Franklin -
Sebenarnya, kami berdua memang suka makan, sangat suka makan, cuma yang bezanya, saya biasa makan di kedai - kedai yang biasa aku pergi sahaja. Tetapi Cik Tunang yang dicintai ini pula makan di kedai - kedai yang tidak pernah aku pergi lagi. Memang didikan keluarga saya makan di kedai - kedai biasa sahaja. Seperti di mamak, kedai tepi jalan, dan lain - lain. Bila ada duit lebih sedikit, KFC dan Mc Donald itu dikira satu perkara yang mewah. Paling mewah apabila sekeluarga pergi ke Pizza Hut. Namun setelah saya mula bekerja sendiri, mempunyai duit sendiri, dan berkenalan pula dengan dia, ini sedikit cerita, untuk pengetahuan anda semua :-
Sebenarnya,
Kita dua suka makan.
Sangat suka makan.
Cuma yang beza,
Aku ni makan kedai2 yang biasa aku makan.
Dia pulak makan di kedai2 yang tidak pernah aku makan.
Baru2 ni dia bawak aku makan di PapaRich.
Ya, betul.
Aku tak pernah makan di PapaRich.
Walaupun di Port Dickson ada.
Ya, betul.
Aku tak pernah makan di PapaRich.
Walaupun di Port Dickson ada.
Baru2 ni dia bawak aku makan di Dip N Dip
Ya, betul.
Aku tak pernah makan di Dip N Dip
Walaupun aku selalu tgk orang upload gambar di FB.
Baru2 ni dia bawak aku makan di Johnnys
Ya, betul.
Aku tak pernah makan di Johnnys
Walaupun aku selalu nampak di Alamanda.
Baru2 ni dia bawak aku makan di TGI Fridays
Ya, betul
Aku tak pernah makan di TGI Fridays
Walaupun dulu ada kawan asal Pekan Nanas janji nak belanja
Sampai skrang habuk pun takda, aku pun dah majuk tak sudah. Haha
Baru2 ni dia bawak aku makan di Bumbu Desa
Ya, betul
Aku tak pernah makan di Bumbu Desa
Walaupun aku tak...err..mmg tak tau pun wujud.
Haha
Apapun, kami memang suka makan
Dan terima kasih pada si dia, yang bawak ke kedai
Yang aku tak pernah pergi.
Bukan lagi kisah2 lama yang dating di Mcdonald dan KFC.
Haha
- Hasif Rahman -
K, bye.
No comments:
Post a Comment