Home

NuffNang

Friday, February 21, 2014

TRAVEL | BROGA HILL


© 2014 Hasif Rahman - Broga Hill, Semenyih



"It is better to travel well than to arrive"

- Buddha -

"The world is a book and those who do not travel read only a page"

- Saint Augustine -

"To travel is to discover that everyone is wrong about other countries"

- Aldous Huxley -



Broga Hill. Satu tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi. Mereka yang sudah biasa sudah pasti tahu di mana letaknya Broga Hill. Ia berada di Semenyih, di mana orang biasa mengatakan ia terletak di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan. Masih saya ingat beberapa tahun yang lepas, saya beranggapan Broga Hill ini berada di luar negara. Perkataan Broga tersebut membuatkan saya merasakan ia berada di Indonesia. Namun fikiran saya salah kerana sebenarnya Broga Hill berada di Malaysia.

Pada 26 Februari, 2010, saya dan beberapa orang rakan berhasrat untuk ke Broga Hill. Salah satu tujuannya adalah untuk belajar mengambil gambar landscape dan juga menikmati matahari terbit yang dikatakan cantik untuk dilihat di puncak Broga Hill. Ketinggian Broga Hill adalah 400 meter namun bukanlah satu perjalanan yang memerlukan kita mendaki 90 darjah. Broga Hill lebih kepada pendakian yang tidak memerlukan tali dan tenaga untuk memanjat tetapi lebih seperti "Jungle Trackking". Seperti gambar yang diambil oleh saya diatas menggunakan Canon 1000D dan lens UWA 10-22mm, Broga Hill memang sentiasa dipenuhi dengan orang ramai. Hampir setiap minggu, kehadiran orang ramai tidak pernah kurang daripada 50 orang. Berbalik kepada cerita, kami sekumpulan bertolak dari rumah masing - masing pada jam 3 pagi dan berkumpul di stesen minyak berhampiran dan memulakan perjalanan sekitar jam 4 pagi. Setibanya di lokasi, kawasan tersebut agak gelap kerana tiada lampu jalan yang mencukupi namun, tidak perlu risau kerana walaupun seawal 4 ke 5 pagi, kawasan tersebut telah penuh dengan kenderaan oleh mereka yang turut mempunyai hasrat yang sama dengan kami.

Kami memulakan pendakian tersebut pada jam sekitar 5 pagi, dengan berbekalkan lampu suluh. Pada awalnya kami melalui satu ladang kelapa sawit. Bukan hanya kami sekumpulan sahaja ketika itu, malah ada pengunjung yang lain turut sama bersama - sama. Setelah melalui ladang kelapa sawit tersebut, maka bermula Broga Hill itu didaki. Sepanjang kami mendaki Broga Hill tersebut, keadaan tidak seperti yang digambarkan di dalam blog - blog, gambar - gambar ihsan Google dan lain - lain yang menyatakan terdapat rumput - rumput hijau dan lalang - lalang berwarna perang yang tinggi. Mungkin silap waktunya, keadaan ketika itu kelihatan rumput - rumput tersebut kekeringan dan menjadi sedikit perang serta ada kawasan - kawasan di mana rumput - rumput itu hitam, kesan dari kebakaran lalang seperti gambar di atas.

Hasrat kami untuk melihat matahari terbit tidak kesampaian atas dua faktor, di mana salah satunya kerana tidak mempunyai stamina atau persediaan awal bagi melakukan aktiviti fizikal tersebut, di mana pergerakan kami agak perlahan dan keduanya cuaca pada ketika itu juga agak mendung dan matahari tidak kelihatan dengan jelas. Untuk sampai ke puncak Broga Hill tersebut, kita akan melalui 3 puncak dahulu sebelum tiba ke puncak terakhir. Ketika gambar ini diambil, jika saya tidak silap, saya berada di puncak yang ketiga, dan saya terpegun dengan permandangan yang ada pada ketika itu. Sungguh kelihatan permandangan itu seperti berada di luar negara. Lebih - lebih kepada diri ini yang pertama kali ke Broga Hill.

Secara jujurnya, sepanjang saya melibatkan diri dengan fotografi, bermula pada tahun 2010 hingga 2014, gambar ini merupakan gambar terbaik yang pernah diambil oleh saya. Sehinggakan saya akan mencetak dalam saiz besar kanvas dan digantungkan di dalam bilik sebagai perhiasan. Entah mengapa, saya merasakan gambar tersebut seolah - olah hidup dan memberikan moment yang sangat bernilai. Setiap kali melihat gambar tersebut, diri ini akan merasakan begitu seronok untuk menjadi seorang pengembara. Semua penat lelah yang dirasakan, adalah berbaloi dengan hasil tangkapan yang diperoleh.

Beberapa nasihat boleh saya berikan bagi mereka yang ingin mendaki Broga Hill, antaranya : -

Berkumpulan
Sewajarnya mereka yang ingin mendaki Broga Hill, bergerak dalam kumpulan bagi memastikan keselamatan adalah terjamin kerana aktiviti mendaki ini bermula pada awal pagi dan dalam keadaan yang agak gelap. Empat ke lima orang adalah memadai dan jika lebih, bertambah meriah.

Travel Light
Tidak perlu membawa begitu banyak peralatan. Cukup sekadar keperluan asas seperti air mineral dan sedikit makanan seperti roti gardenia RM0.50 dan first aid kit. Kalau ingin membawa DSLR, cukup sekadar menggunakan 1 lens sahaja. Tidak perlu membawa 1 bag besar anda. Bagi baju - baju persalinan, boleh tinggalkan di dalam kereta. Boleh juga kalau nak dibawa bersama kalau berhasrat untuk bermalam di Broga Hill. Pastikan tidak menggunakan selipar ketika mendaki dan pastikan kasut yang digunakan adalah sesuai untuk mendaki kerana pada satu ketika, di mana cuaca agak kering, perjalanan tersebut akan menjadi sedikit licin.

Masa
Masa pendakian juga memainkan peranan penting kerana bagi mereka yang berpengalaman, waktu dari jam 10 pagi ke 5 petang adalah satu waktu yang sangat panas untuk mendaki dan kita akan mudah keletihan. Seperti ketika saya ingin turun semula dari Broga Hill, pada waktu itu adalah sekitar 1 tengahari dan perjalanan pulang kami sebenarnya agak panas dan letih.

Enjoy
Paling penting sekali, enjoy ! Kerana tidak semua yang ingin mendaki Broga Hill buat kali kedua ! Terutama bagi mereka yang tidak gemar dengan aktiviti fizikal.

Itulah serba sedikit pengalaman yang mampu saya kongsikan bersama dengan rakan - rakan. Bagi saya, jika ada peluang untuk ke sana, saya akan pergi dengan lebih persediaan terutama untuk mendapatkan gambar - gambar yang lebih menarik.


 

1 comment:

Sha.Rith said...

wahhh... Terbaikkkk