Home

About Me

My photo

Hi there ! I’m Hasif Rahman, a freelance photographer based in Malaysia. Just a husband trying to make a living while pursuing his dream. I’m a father to be to my little princess in my wife’s little tummy. Picking up a camera in my early 20s and never putting it down again has been one of the most important things I’ve done in my life. I’m a photographer who loves to blog / review / writes about my life. I’m travelling the world with photography ~ Hoping you enjoy what you see. Take a seat, drink a cup of hot chocolate and stay a while. Have a good day reading !

NuffNang

Tuesday, December 29, 2015

AUDREY MARISSA - 6 MONTHS


© 2015 Hasif Rahman - Audrey Marissa | Hello Kitty Collector Wannabe

" What you are is God's gift to you, what you become is your gift to God "

- Hans Urs Von Balthasar -


Alhamdulillah, rezeki dari Allah, my Audrey Marrisa kini sudah 6 bulan, membesar dengan sihat dan ceria. As per latest picture above, paha tu memang gebu begitu. Sedap picit - picit. Haha. As per now, dia dah pandai meniarap, dah pandai tidur mengiring, dah pandai minta dukung, dah pandai panggil kalau abaikan dia, dah pandai senyum / ketawa bila berkomunikasi dengan dia, dah pandai sebak kalau "marah" dia, dan bila dah 6 bulan, semalam, her first food, Puree Epal ! Hehe. Kesian juga tengok dia tersedak sedak. First time makan agaknya.

Being a father myself in 6 months, banyak perkara dipelajari sebenarnya. Menjadi suami juga belum habis belajar, datang pula Lil Khalifah ini mengajar menjadi seorang ayah. Melihat Audrey umpama melihat diri sendiri sebenarnya. Dah la rupa ikut ayah, perangai pun adaaaaaaaaaaaaa la juga ikut. Haha.

Kadang - kadang dia meragam pagi - pagi buta, bukan sebab sakit or gangguan, tetapi sebab dia dah tido awal, pukul 2 pagi bangun dia dalam keadaan segar. Nak berdukung pula, merengek kalau tak dukung / main dengan dia. Kita ni yang tengah tidur, terganggu, ada juga nak rasa MARAH. Tetapi bila fikir balik, kita dulu waktu kecil, begitu juga la keadaannya. Arwah mak dan abah juga la yang menjaga begitu. So dukung la dia, or alihkan perhatian dia dengan movie Star Wars. Hahaha. Bila dah tak larat sangat, pas baton pada isteri. Haha. (Tapi selalunya isteri la yang lama, hahahaha)

Kadang - kadang bila kat rumah, dok leka tengok handphone, layan Facebook, Instagram, Twitter, dan Clash of Clans serta Whatsapp, terlupa sebentar kehadiran Audrey. Bila terpandang dia, tidak sedar yang dia sedang pandang kita dari tadi lagi. Rupanya dia pandang je ayah dia ni. Dalam hati agaknya Audrey berkata, "ayah tak main dengan Audrey ke". Tengok muka dia rasa kesian / sebak. Letak phone, nak dukung dia, dia punya happy, senyum habis. Macam menari jadinya. Baby, mana tau berkata - kata, tetapi kehendak / keperluannya melalui ekspressi dan pergerakan mereka. Ok, I need to somehow, less time with my phone. Play it when she's asleep.

Yup, itulah ragamnya ketika ini. Jujurnya, penat menjaga baby. Tetapi penat itulah yang menjadi kebahagiaan hidup. Menjaga, mendidik, bermain dengan dia. Rasa seronok.



No comments: