Home

NuffNang

Monday, April 13, 2015

LIFE | THE GREAT GIFT


© 2015 Hasif Rahman - My Everything

" A baby fills a place in your heart that you never knew was empty "

- Pregnancy Quotes -


6 months of pregnancy, saya lihat banyak perubahan pada isteri saya. I was like, besarnya perut. Haha. Bagi saya seorang suami, terasa risau pulak lihat perut dia yang besar tu. Time jalan terutama naik turun tangga, memang saya pimpin dia. Mana tak risau, perut dah besar ke depan, seperti menara, kalau berat sebelah, nanti tumbang. Itu fikiran saya. Haha. Time di tandas or di pasar or kawasan - kawasan yang jalan licin, lagi terasa risaunya kalau tergelincir. Alhamdulillah, Allah sentiasa jaga dia dengan baik. Saya pula yang tersadung sana sini. Haha.

Alhamdulillah, 6 bulan, ibu dan anak dalam keadaan sihat. Well, after two time scan in Mac dan April, it was confirmed gonna be a little princess. Bila pergi ke kedai untuk beli barang - barang new born terutama pakaian, ok, rambang mata sebenarnya. Banyak sangat pakaian cute ! Harga pula tak begitu mahal. Cuma terasa mahal sebab perlu beli dalam kuantiti yang banyak. But kawan - kawan juga advice, jangan beli banyak sangat sebab baby cepat membesar, nanti tak muat. Haha. Ok, insyaAllah.

Bulan ke 6 ni, one of the best moment is, "Little Princess menendang !"

Hui, bila letak tangan kat perut tu, boleh rasa dia menendang. Serius macam dia tengah boxing kat dalam tu. Haha. Bila kita ketuk - ketuk dengan jari or sapu tangan kat perut tu, dia menendang. Toink ! Haha. Tapi kalau time dia tido, ibu dia pusing sana sini pun, dia tak bergerak. Haha.

Ikutkan 2 bulan sahaja lagi due date. Expected 12 Julai 2015. Ramadhan, seminggu sebelum Raya Aidilfitri. Raya kali ini, two big things happened in one time. First time raya Suami Isteri, first time raya bersama anak. InsyaAllah. Dalam keadaan begini, hanya mampu berdoa dipermudahkan segalanya.

Gambar di atas gambar sabtu lepas di Pantai Port Dickson. Dari depan tak nampak sangat besarnya. Sebab perut dia besar ke depan. Orang kalau pandang dari belakang memang tak tau dia mengandung. Haha.

Counting days mood on ! =)

No comments: