Home

NuffNang

Tuesday, March 11, 2014

LIFE | #PRAYFORMH370


© 2014 Hasif Rahman - #prayforMH370

"Let us never forget to pray. God lives. He is near. He is real.
He is not only aware of us but cares for us. 
He is our father. He is accessible to all who will seek Him"

- Gordon B. Hinckley -

#prayforMH370.
Kehilangannya penuh dengan misteri. Hilang begitu sahaja tanpa sebarang petanda atau jejak yang ditinggalkan. Pelbagai spekulasi dibuat. Bagi yang membacanya, boleh saja terpengaruh dengan spekulasi tersebut kerana spekulasi tersebut diceritakan dengan penuh persoalan dan direka dengan jalan cerita yang kelihatan seakan - akan benar. Lain pihak, lain spekulasinya. Dikaitkan dengan pelbagai perkara selagi boleh. Ada yang kaitkan dengan politik, ada yang kaitkan dengan pencerobohan negara asing, ada yang kaitkan dengan alam ghaib, ada yang kaitkan dengan kelemahan negara dan macam - macam lagi. Tangan yang menaip seolah - olah begitu seronok tanpa memikirkan perasaan keluarga mangsa yang terlibat. Ada pula yang mengambil peluang, menggunakan kesempatan ini untuk menaikkan populariti gambar di instagram contohnya, mengambil gambar selfie dan kemudian #prayforMH370. Seakan - akan tiada kaitan gambar yang dipostkan dengan keadaan semasa.

#prayforMH370
Secara jujurnya, diri ini melihat, bukan spekulasi yang keluarga ini mahukan. Mereka mahukan perkara yang benar. Mereka mahukan bukti. Mereka mahukan kepastian. Mereka tidak mahu spekulasi yang kadang kala memberikan harapan, dan kemudian spekulasi yang menghancurkan harapan. Seolah - olah kita menyeksa perasaan mereka. Dan kita sebagai rakyat, tidak perlu kita "share" di facebook atau blog tentang sesuatu perkara itu yang belum disahkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Tak perlu kita menunjukkan diri kita, kitalah yang pertama mengetahui perkara tersebut, kitalah yang menyelesaikan misteri ini, kitalah yang mengetahui segala - galanya, hanya dengan google di sana sini. Pihak yang bertanggungjawab berusaha dengan bersungguh - sungguh di luar sana, kita pula tanpa sebarang pengetahuan mengutuk mereka.

#prayforMH370
Kita tidak perlu menjadi wartawan kepada apa - apa tragedi yang menimpa di negara ini atau di negara lain. Apabila berlakunya tragedi, pasti timbul perkara - perkara sebegini :-

  • Aku punya kawan, kawan kepada ayah dia kerja TUDM kata...
  • Kawan aku punya kawan, kawan dengan mangsa kata..
  • Akak aku, kawan dia kerja MAS kata...
  • Kawan aku askar, dia kata, kawan dia beritahu..
  • Kawan aku kerja pelantar minyak, dia ada beritahu..
  • Kawan duduk vietnam, ada beritahu yang..
  • dan lain - lain
Sungguh banyak tersebar di whatsapp dan juga Facebook tentang kawan punya kawan beritahu. Tetapi tiada satu pun yang benar. Semuanya beritahu, tetapi tiada satu gambar pun sebagai bukti.

#prayforMH370
 Kesimpulannya, kita sebagai rakyat yang prihatin kepada tragedi ini, jika kita tidak tahu, lebih baik berdiam diri dan berdoa agar kesemua yang berada di dalam kapal terbang MH370 itu berada dalam keadaan selamat selagi tiada bukti menyatakan perkara yang sebaliknya. Kita juga berdoa agar keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini dan ditenangkan perasaan mereka olehNya. Kita juga berdoa agar, pihak berkuasa dipermudahkan urusannya dalam mencari kapal terbang MH370 tersebut. Semuanya dengan kehendakNya. InsyaAllah, akan ada petunjuk olehNya.

Selagi tiada bukti, saya berfikiran positif,
Mereka semua masih selamat !

#prayforMH370

No comments: