© 2014 Hasif Rahman - Lets start a new year !
"Tomorrow, is the first blank page of a 365 page book. Write a good one !"
- Brad Paisley -
Well, akhirnya 2013 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi. Satu tahun yang boleh dikatakan penuh dengan cabaran dalam kehidupan dan penuh dengan moment yang tidak mungkin akan dilupakan. Antara moment - moment besar yang berlaku pada tahun 2013 adalah bertemu dengan cinta hati, Diploma Pengurusan Awam (DPA) Bil. 1/2013 siri 44 (IKWAS) INTEGRA, merisik si cinta hati, tamatnya kursus 6 bulan DPA. Itulah antara moment yang tidak mungkin dilupakan pada tahun 2013. Begitu juga dengan moment lain yang sedikit sebanyak menjadikan kehidupan ini lebih menarik.
Seperti gambar di atas, gambar - gambar tersebut di lukis pada 31 Disember 2012. Itulah azam baru bagi 2013. Alhamdulillah dengan izinNya, azam tersebut tercapai dan insyaAllah bagi 2014, azam tersebut akan diteruskan dengan satu langkah baru dalam kehidupan. Makin lama, makin banyak tanggungjawab, outing - outing photography tidak semuanya dapat saya join, rakan - rakan juga tidak banyak dapat saya luangkan masa, tetapi tidak bermaksud saya lupakan semua. Apapun saya cuba yang terbaik meluangkan masa untuk semua. Dahulunya blog ini meriah dengan photography, tetapi banyak post saya dah delete. Tapi, jika tiada aral melingtang, saya akan upload semula gambar - gambar lama dan juga yang terbaru.
2014 is coming ! Lets start a new life, a new spirit and a new blog !
Happy New Year 2014 to all peeps !