Home

NuffNang

Monday, March 23, 2015

TRAVEL | WHAT I LEARNED


© 2015 Hasif Rahman -  Georgetown, Penang



" Let us always meet each other with smile, for the smile is the beginning of love "

- Mother Teresa -

" The best thing to hold on to in life is each other "

- Audrey Hepburn -

" Where there is love there is life "

- Mahatma Gandhi -


Phew, fikiran masih melayang di Penang Island. Haha. Masih terasa bangun pagi, tunggu bas, cari tempat makan untuk sarapan. To be honest, memang memenatkan, tetapi semua pengalaman itu yang menjadi kisah hidup yang boleh diceritakan kepada anak - anak kelak. To be honest, artikel - artikel dari Bro Wazari Wazir banyak membantu bagi saya untuk travel. Tips dia seperti buat homework terlebih dahulu ke tempat yang hendak dikunjungi, travel light, savings dan bagi saya, what lens to use. Saya bawak Canon 6D + 40mm sahaja. Cukup luas dan ringan. Benar juga dalam artikel - artikel dia tentang bagaimana travel itu membentuk pemikiran kita. We tend to be more creative when we travel. Even dalam Malaysia sekalipun, if we do it right, we can learn a lot. Contohnya dalam travel ini, paling kagum adalah dengan cara Penang Island menarik perhatian pelancong untuk ke sana :-

-The Street Art, The Museum (Camera / Chocolate / Owl / Others),
-Unique Cafes (Purrfect Cat Cafe/ Busy Bodhi Cafe / Others), 
-The Unique and Delicious Food (Cendol / Pasembor / Laksa Penang / Jeruk / Nasi Kandar / Others) 

and much more. It shows that, we don't need big shopping complex like KLCC and Mid Valley to attract tourist, but we need to prepare something to capture the people's heart. Amboi ayat, haha. 

Apapun sorry lambat sedikit nak review kawasan - kawasan yang dilawati. A bit busy with work. Gambar - gambar pun dalam RAW format. So nak terus upload ke blog tu memang tak dapat la. InsyaAllah kalau tiada halangan, will post about the Nasi Kandar first. Hari pertama sampai di Penang, Nasi Kandar adalah yang pertama dicari and you know what, memang sedap dengan campuran kuah dan ayam goreng berempah dia yang panas. Tu diaaaaaaaaaaaaa...haha

What I Learned From the Travel

Book Fast !

Perkara pertama yang perlu diambil perhatian, hotel/homestay booking and transportation tickets (Kapal Terbang, Keretapi, others). Kedua - dua itu perlu diambil perhatian yang serius terutama apabila kita travel pada musim percutian atau perayaan. Memang akan sold out sahaja or takda kekosongan. Seperti contoh yang dihadapi sendiri, tiket KTMB ke Georgetown sold out. Haha. Alhamdulillah ada back up, kereta bakal pengantin. Kelebihan booking awal juga, kita boleh pilih yang murah tetapi berkualiti.

Homework !

Homework ! Buat sedikit catatan tentang Places Recommended to Visit, Foods to Eat, Transportation. Benda ini penting supaya kita tidak membuang masa apabila tiba di tempat tersebut baru tercari - cari kemana mahu pergi. Kalau pergi ke tempat orang, tetapi duduk sahaja di dalam bilik, serupa duduk rumah. Haha. Plus, makanan local juga perlu dirasa. Contohnya ketika saya di Penang, mencari kedai Nasi Kandar Line Clear di Jalan Penang, Pasembor di Padang Kota Lama, Cendol di Jalan Penang, Seafood di Pulau Jerejak dan lain - lain. Jangan pula kita travel jauh - jauh tetapi kita cari fast food. We need to try the local foods !

Travel Light !

To save cost, biasanya kita akan banyak berjalan atau menggunakan perkhidmatan awam. Travel Light is the answer. Saya bersama isteri ke Penang hanya membawa satu bagi pakaian yang kecil bersama satu bag galas untuk kamera dan jajan. Boleh menjimatkan tenaga ketika berjalan ke sana sini.


Well, ini akan menjadi travel yang pertama sambil membuat review atas kawasan2 yang dilawati. Dulu biasa pergi ke mana - mana, tidak mengambil lansung perhatian untuk ambil gambar. Kalau ada pun hanya dua tiga shot sahaja. Itupun gambar sendiri yang membuktikan berada dikawasan tersebut tiada. Kali ini banyak gambar diambil termasuk diri sendiri plus will blog about it.

Somehow, its fun to travel and blog about it. Whether people read about it or not, it doesn't matter. The most important is what I feel. Oh ya, another important advise from Bro Wazari Wazir, print your photos ! Ok bos, will make a photobook about the Penang Trip ! Practice makes perfect before the Around The World Project ! See ya !


Tuesday, March 17, 2015

TRAVEL | BACK TO WORK


© 2015 Hasif Rahman -  Homestay at Penang, Havara Place

Phew, baru sampai rumah selepas 3 hari berada di Penang Island. Banyak benda hendak diceritakan dan dikongsi bersama rakan - rakan. Namun diri ini terasa penatnya. Cuaca di Penang Island agak panas, dan penduduk tempatan sendiri menyatakan sudah lama tidak hujan. Berjalan di sana sini, air menjadi penyelamat keadaan. Mahal atau tidak, itu lain cerita kerana yang penting diri ini sentiasa dalam keadaan segar dan bertenaga. Secara jujurnya, 3 hari di Penang Island, tidak mencukupi untuk mencuba semua "Best Food in Penang" dan juga tempat - tempat "Place to Visit in Penang". Hendak dikatakan kesal tidak dapat mencuba makanan dan melawat kawasan, tidaklah juga kerana bukannya tidak mampu untuk kesana semula. Cuma rasa terkilan agaknya kerana tidak dapat habiskan semua dalam masa 3 hari. Haha. Well, itu petandanya, ke Penang Island lagi bila ada rezeki. Hehe. Overall, Penang Island trip was great ! Will blog about the Penang Island trip for the day one to the last day. One by one. Will make a detail review about the place, from pricing, transportation, and a lot more. Seronok bila travel. Tidak seronoknya bila balik, esok kerja. Haha. See ya !

" The world is a book, and those who do not travel read only a page"

- Saint Augustine -


" Want to be happy? Stop buying things and go travel ! "

- Gilonie Montejo -


" Travel is the only thing  you buy that makes you richer "

- Colleen Maag -



Monday, March 9, 2015

TRAVEL | PENANG WITH KTMB


© 2015 Hasif Rahman -  KTMB maps


 Well, travel untuk kali kedua bagi 2015 adalah ke Penang Island ! Sebelum ini saya ke Kuala Kangsar (travel + wedding reception) dan kali ini juga ke Penang Island untuk tujuan yang sama (travel + wedding reception). Wedding siapa? Pernikahan dan majlis persandingan diantara Nur Zahirah Zamri dan Wan Zul ( Mat Ju San) iaitu emcee dan pengapit saya ketika majlis persandingan saya yang lepas. Kedua - dua merupakan kawan baik saya yang telah banyak membantu ketika susah dan senang. Kali ini saya ke Penang Island menggunakan KTMB dan secara jujurnya ia merupakan kali pertama. So, I'll make a review about it. Buat masa ini saya sedang membuat sedikit homework untuk ke Penang Island untuk dua perkara utama. What to visit dan what to eat. Sebab saya belajar dari Bro Wazari Wazir, kemana tujuan kita melancong, perlu membuat sedikit homework agar kita bersedia serta tidak membuang masa. Just google it, and wow, there are few places that I really want to visit.

Seperti gambar di atas, itu merupakan peta KTMB bagi seluruh perjalanan di Malaysia dari Selatan ke Utara dan juga ke Pantai Timur. Tiket KTMB pagi perjalanan sedikit mahal dari bas serta tempoh perjalanan sedikit lama. Tetapi satu perkara, walaupun lama untuk tiba, tidak terasa tekanan kesesakan jalan dan kadar kemalangan seperti bas terbabas sebagainya sangat kurang. The origin will be from KL Sentral to Butterworth station. Akan mengambil taxi ke ferry station untuk ke Georgetown. Tetapi sedikit malang apabila tiket telah habis dijual dan cuma hanya dapat tiket dari Butterworth ke KL Sentral pada hari terakhir travel. Worst scenario, saya ke Penang Island dengan kereta bakal pengantin ! Haha. Satu pengajaran untuk kita semua, untuk KTMB Service, pembelian tiket mesti dibeli awal sekurang - kurangnya 2 minggu sebelum. Seminggu sebelum boleh dianggap lewat terutama jika hari bertolak pada Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dan kebiasaannya coach Superior Night Class (Bed) adalah paling cepat habis.

Buat masa ini, hanya ada dua keretapi setiap hari dengan waktu bertolak yang berbeza iaitu Ekspres Rakyat dan Senandung Langkawi. KL Sentral to Butterworth mengambil masa sekitar 7 jam sahaja.

Terdapat 3 coach yang ada bagi pilihan kita iaitu :-

1. Superior Night Class (bed)
2. Economy Class
3. Superior Class
* Harga boleh disemak di website KTMB



© 2015 Hasif Rahman -  Superior Class Ticket


Harga untuk satu hala adalah RM34.00. Bayaran tiket boleh dibuat dengan Maybank2U atau Credit Card serta boleh juga dibeli terus di kaunter berkenaan. Kaedah pemilihan kerusi adalah seperti membeli tiket panggung wayang TGV, GSC. Dalam website akan menunjukkan kerusi dan barisan mana yang kita mahu.
Will review it more later on the service.

Update 18 March 2015

Yuuhuu...I'm home from Penang Island. Its hot but its rock ! Haha. Balik ke KL dengan KTMB from Butterworth to KL Sentral. Satu perjalanan yang sepatutnya 4 jam dengan kereta menjadi hampir 8 jam dengan KTMB. Keseluruhannya perjalanan adalah selesa. Cuma kadang - kadang keretapi itu sedikit bergegar seperti air pocket ketika menaiki kapal terbang. Sepanjang perjalanan, ada petugas yang akan menolak troli makanan seperti pramugari di dalam kapal terbang. Harga agak mahal sedikit, but at night, nothing matters with a cup of hot milo.

Will use it for Singapore trip and Langkawi trip !

Monday, February 23, 2015

NEW BABE IN DA HOUSE


© 2015 Hasif Rahman - Travel Light


Canon 6D + New Bag + EF 40mm (pancake lens) coming soon = Awesome Travel

Baru sahaja membeli bag baru untuk DSLR kesayangan. Lepas ini lebih mudah dan selesa untuk membawa kamera. Tidak lagi membawa bag yang secara terang terangan menunjukkan bag itu bag kamera. Murah saja harganya di Sunway Pyramid - RM59.00. Ada banyak design lain yang juga menarik untuk dibeli. Bag yang ringan, kecil dan cukup luas untuk Canon 6D dan satu lens serta IPAD, buku dan peralatan menulis. Boleh mulakan kerjaya sampingan sebagai Travel Photographer Amateur selepas ini. Haha.


Sunday, January 11, 2015

TITIK NOL - AGUSTINUS WIBOWO


© 2014 Hasif Rahman - New Book To Read

Perjalananku bukan perjalananmu
Perjalananku adalah perjalananmu




Sunday, January 4, 2015

PRE WEDDING 2011


© 2014 Hasif Rahman - Pre Wedding at Putrajaya

Alkisahnya minggu lepas sedang bercerita tentang wedding photographer untuk wedding kita dengan abah dan mak mertua. Sekali abah mertua berkongsi satu portfolio photographer Malaysia yang memang bila dilihat hasilnya sangat, speechless. Editing kemas, komposisi smart, idea terbaik, moment menarik, almost like perfect photographer. Boleh search di FB or Instagram berhubung photographer Malaysia ni. Just type Keda.Z. 

Diri ini sebenarnya macam nak give up je in photography, sebab kekangan masa. Tetapi bila tengok portfolio beliau, semangat itu datang kembali. Mungkin tidak dapat post processing seperti beliau, tetapi idea dan konsep itu boleh dipelajari dan dipraktik. Well, get the first picture right. Itu yang utama. Balik je rumah sendiri, terus godek album lama, dan try editing. Memang macam langit dan bumi la kalau nak compare. Tapi itu cara terbaik untuk belajar, google dan praktikkan. Make a start. 2015, will be the kick start. It's never late to chase my dreams. Ingat balik impian sendiri, jangan campak begitu sahaja. 

2015, for my photography, naikkan semula imej dan nama Hasif Rahman. Start from below, and I don't mind it at all.

Chaiyok !