Home

NuffNang

Sunday, January 11, 2015

TITIK NOL - AGUSTINUS WIBOWO


© 2014 Hasif Rahman - New Book To Read

Perjalananku bukan perjalananmu
Perjalananku adalah perjalananmu




Sunday, January 4, 2015

PRE WEDDING 2011


© 2014 Hasif Rahman - Pre Wedding at Putrajaya

Alkisahnya minggu lepas sedang bercerita tentang wedding photographer untuk wedding kita dengan abah dan mak mertua. Sekali abah mertua berkongsi satu portfolio photographer Malaysia yang memang bila dilihat hasilnya sangat, speechless. Editing kemas, komposisi smart, idea terbaik, moment menarik, almost like perfect photographer. Boleh search di FB or Instagram berhubung photographer Malaysia ni. Just type Keda.Z. 

Diri ini sebenarnya macam nak give up je in photography, sebab kekangan masa. Tetapi bila tengok portfolio beliau, semangat itu datang kembali. Mungkin tidak dapat post processing seperti beliau, tetapi idea dan konsep itu boleh dipelajari dan dipraktik. Well, get the first picture right. Itu yang utama. Balik je rumah sendiri, terus godek album lama, dan try editing. Memang macam langit dan bumi la kalau nak compare. Tapi itu cara terbaik untuk belajar, google dan praktikkan. Make a start. 2015, will be the kick start. It's never late to chase my dreams. Ingat balik impian sendiri, jangan campak begitu sahaja. 

2015, for my photography, naikkan semula imej dan nama Hasif Rahman. Start from below, and I don't mind it at all.

Chaiyok !


Wednesday, December 24, 2014

HI, I'M CONY !


© 2014 Hasif Rahman - The Tale of Cony

Hi semua ! Saya perkenalkan diri saya. Nama saya Cony. Si arnab gebu dan comel. Tuan saya En. Hasif Rahman telah kutip saya di tepi jalan dan membela saya. Selamat berkenalan semua ! Hee, tadi En. Hasif Rahman balik rumah, dia bawah jem strawberry. Wahh....seeeeeeeeeedap. Esok pepagi kita makan sama - sama letak atas roti bakar ye. Hee..Jum kita tidur dulu. Selamat malam semua !



Monday, December 22, 2014

THE SHOP HOTEL - KUALA KANGSAR


© 2014 Hasif Rahman - The Shop Hotel


20 Disember 2014, Kuala Kangsar - Sabtu yang lepas, saya bersama isteri dan mak abah mertua telah pergi ke Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis perkahwinan Pak Long dan Mak Long belah mertua. Satu perjalanan yang agak jauh memakan masa selama 4 jam memandu. Alhamdulillah cuaca agak baik, tenang dan mendung dan kadang kala sedikit renyai. Satu perjalanan yang selesa dengan disaji permandangan Banjaran Titiwangsa diselubungi kabus. 

Seminggu sebelum, kami telah menempah satu hotel bagi penginapan satu malam memandangkan hari pernikahan dan majlis persandingan adalah pada hari yang berbeza. Kami terjumpa satu hotel di dalam laman web Agoda, The Shop Hotel. Berdasarkan laman web tersebut, ia baru dibuka pada tahun 2014 dan melihat pada harga dan "snap shot" bilik hotel tersebut, apa kata kita cuba. Berdasarkan komen - komen di FBnya, ulasan - ulasan yang positif diberikan. Jadi saya "booked" 2 bilik untuk satu malam untuk dua orang setiap bilik dengan jumlah RM168 semalam. Harga itu agak murah bagi saya memandangkan di tempat - tempat lain harganya lebih mahal untuk semalam. Deposit 50% melalui "bank in" dan 2 rooms booked !

Apabila tiba di hotel tersebut, apa yang menarik untuk dilihat adalah design luarannya. Serius terasa seperti "western look alike". The design, the colours, simple tetapi menarik. Bila masuk sahaja, apa yang saya perasan adalah bau aroma coffee yang menenangkan. Terasa seperti memasuki Coffee Shop. Sedikit perbezaan berbanding hotel lain yang dihidangkan bau2 pewangi, hotel ini dihidangkan dengan bau Coffee. Hotel ini tiada service counter di pintu masuk dimana yang ada cuma cafe dengan susunan meja/kerusi yang kemas serta perhiasan Krismas yang menarik. Oh ya, Krismas is near, no wonder perhiasan dia so Krismas.


Petugas - petugas di bahagian cafe juga sangat ramah dan peka pada pengunjung. Bila saya sedikit keliru dengan pemilihan coffee, mereka membantu dengan beberapa cadangan. Cuma mereka tidak sedar satu perkara, abah mertua saya merupakan seorang professional in food industry. When he said, not bad, he really means it. The coffee was great !. Jadi saya cadangkan mereka yang datang ke sini untuk mencuba coffee yang ada. Harga coffee seperti harga - harga minuman di Secret Recipe, RM10 and above. A normal price for drinks at a place like this.



Saya memesan Hot Chocolate dan rasanya not bad. Sebelum saya terlupa, boleh dikatakan keseluruhan di dalam hotel ini mempunyai imej mereka tersendiri. Daripada bantal, minuman, gifts, towel, dan lain-lain dijenamakan The Shop. Free Wifi to surf the internet while having a cup of coffee, and sweet songs really made the day. Ok, enough said about the cafe. Lets talk about the room.

Ruang bilik tidak begitu besar, dan tidak begitu kecil. Its nice and clean, with a queen size bed, a tv, aircond, and bathroom with showers. Its bigger than Tune Hotel but not as big as standard hotel room for two people. Apa yang saya ceritakan adalah berdasarkan bilik for two people. Bilik for three people is bigger with a queen size bed and a single size bed. Memandangkan hotel ini baru dibuka, segala benda adalah baru. Seperti baru dibeli, bersih dan wangi. Malam tiada gangguan bunyi dan tiada apa - apa yang tidak selesa. Katil dan bantal lembut, sangat melenakan. 

Overall, from 5 stars, I gave this The Shop Hotel 4 stars. I'm not a professional in star rating, but this hotel is really great. Hopefully they can maintain it and keep on improving.

Well, kalau ditanya apa penambahbaikan yang boleh dibuat oleh The Shop Hotel, saya boleh cadangkan beberapa, seperti :-

Foods
Mungkin boleh ditambah dengan western food seperti spagetthi, chicken/lamb chops, fries and nuggets, burger. Boleh juga diletakkan roti seperti crossaint, and others.

Landscape
Mungkin kerana baru dibina, landscape masih tidak dapat disempurnakan. Cadangkan landscape ditambah baik dengan garden atau apa2 sahaja yang menarik.

Hot Water
Mungkin dalam bilik boleh diletakkan satu kettle air untuk pengunjung membuat air panas di dalam bilik dan jika tiada masalah, air panas untuk shower.

Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini. Overall, it's a nice hotel. If i'm going to Kuala Kangsar again, it will be on my top list for a night. My review is based on my experience and nothing to do with professional star rating. Mungkin ada beberapa keistimewaan lain yang saya terlepas pandang atau terlupa untuk ditulis. Terima kasih atas servis yang baik dan cemerlang and keep up the good work !

psst : Pictures taken using my phone and not using my DSLR. Sorry for the bad quality.

Sunday, December 14, 2014

FIENAZ AT MAGAZINE


© 2014 Hasif Rahman

Trying new style in editing. 

NO SHAME IN LEARNING


© 2014 Hasif Rahman - Learning Never Stop

Sometimes what you need is to learn. Buy a book about what you love to do. Sometimes what you need is learn the basic things which we think that we have master it, but suprisingly, we're do it wrong or the hard way. Those who love photography, I recommend you to buy a book about photoshop. Learn how to use layer, how to use tools, how to post processing and others. 

Photography comes in package. Its not just about the camera. Learn and learn and learn. Never stop. The most important thing, don't be shy to learn the basic because with strong basics, you'll be better in future. Kudos.